"SO, apa cerita kau ?" Iya membuka bicara dengan senyum simpulnya. Hingar bingar di dalam dewan langsung tak dipedulikan. Janji dia tahu apa yang berlaku antara Izra dengan Amir.
"Cerita apa ? Biasa je. Lepas pindah senyap-senyap, sekolah tempat lain. Habiskan sekolah. Sambung belajar dekat kolej. Lepas tu ..." Izra menghentikan bicaranya bila Iya membuat muka bosan.
"La, kenapa ? Betullah." berkerut dahi Izra memandang Iya.
"Kalau pasal tu aku taknak tahu lah. Aku pun macam tu jugak. Hish." lagi bertambah kerutan di dahi izra mendengar bicara Iya. La. tadi tanya aku, lepas tu taknak tahu pulak.
"Tadi tanya, pastu taknak tahu pulak. Eii, dah lah. Aku nak pergi tandas." Izra segera bangkit dari kerusi tapi belum sempat melangkah Iya menarik tangannya supaya duduk kembali.
"Kenapa kau mengelak ni ? Haa." Iya buat muka suspicious dan saat itu Izra seakan tahu apa yang bermain difikiran Iya. Tapi belum sempat dia membuka bicara
"Cantik cincin kau. Siapa bagi?" Iya terus membelek jari Izra tanpa mempedulikan pucatnya wajah Izra apabila diajukan pertanyaan itu.
"Kau ni. Aku beli lah. Jap, nak pergi tandas." Izra menolak tangan Iya. Iya ketawa kecil.
"Nak mengelak macamlah aku tak tahu." Iya terus berpaling menyembunyikan muka jahatnya. Izra melopong. Segera duduk ditempatnya kembali.
"Gila. Apa yang kau tahu ?" Izra memandang sekeliling, dan segera memperlahankan suaranya takut ada yang memberi perhatian pada kata-katanya.
"Kau dah kahwin." Iya sengih kambing. Izra melopong. Kejadahnye !
"Siapa bagitau kau ni." Izra menggumam. Matanya besar membulat.
"Woi, releks lah. Kau kantoi kahwin kot bukan kantoi kena tangkap basah. Tak payah nak terjojol sangat mata tu." perlahan pipi Izra ditepuk. Gaya dah macam apa dah.
Izra gelisah. Dia menggaru kepalanya yang ditutup selendang. Tiba-tiba dia terasa panas sekali duduk di dalam dewan yang dilengkapi penghawa dingin. Hush, releks dulu Izra, releks. Dia tak tahu dengan siapa.
"Helleh. Saja saja pakai inai lepas tu pakai cincin pun tak boleh ?" Izra buat muka. Harap-harap penipuannya menjadi.
"Kau, kalau dah tak pandai menipu. Tak pandai nak sorok macam mana kau pandang laki kau tadi, aku nasihatkan baik kau bagitau je perkara sebenar." Iya menepuk-nepuk bahu Izra perlahan. Menyindir Izra sudah pastinya.
"Elleh. Siapa laki aku? Haa Haa." Izra menjolok sarang tebuan. Iya tak boleh percaya sangat. Kadang dia ni pandai menipu, sengaja nak provok suruh bagi tahu perkara sebenar.
"Amir. Lalalalala" Iya bersiul-siul. Padahal dia dah tahu sebelum nampak cara Izra pandang Amir di dalam kelas tadi. Sengaja dia ingin mengesahkan lagi tekaannya.
"Diam lah kau." Izra segeram menekup mulut Iya dengan telapak tangannya. Beberapa mata memandang mereka. Izra menyengih, meminta maaf kerana menganggu kosentrasi mereka pada pengacara majlis.
"Haa, kan betul. Macam mana ?" Iya meloloskan dirinya dari Izra.
"Macam mana apanya ? Malas aku layan kau. Mengarut je." mukanya dipaling kehadapan. Kalau dia buat bodoh je boleh tak ?
"Aku dah tahu lah. Dah jangan nak buat bodoh. Kau bagi tahu je cerita sebenar. Senang cerita."
"Jangan harap." Izra mengetap bibir perlahan. Matanya memandang ke satu sudut dimana Amir sedang berbicara dengan seseorang. Gelak ketawa gurau sendanya bukan main. Ceh.
"Apa ?" Iya kurang jelas dengan Izra yang hanya menggumam perlahan. Serentak itu matanya beralih terus dimana tempat Izra memandang. Dia ketawa sekuat hatinya tanpa mempedulikan yang lain.
"Sabar okay. Aku faham perasaan kau." Iya masih ketawa. Izra menepis tangan Iya. Cis bedebah. Terkantoi pulak.
"Kau ni kan. Eiii." Izra garu kepala. Lantas menyambung bicaranya. "Nak cerita pun sampai esok belum tentu kau faham tau. Aku ni, umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak." Iya masih ketawa. Izra bengang. Tak habis lagi tu.
"Kau tengok Ida. Kau tengok yang lain. Kau rasa diorang tak syak ke yang kau dah kahwin. Lagi, nak nak Amir bayar untuk dua orang sekali datang sorang. Dan kau, kau tiba-tiba datang. Kau tak rasa diorang tertanya-tanya ?" Iya menjelaskan satu persatu. Dia menghela nafas perlahan.
"Lagipun Mi, benda baik kau nak sorok apa ? Kau tak takut tu haa, si Aida gedik yang dok sendeng-sendeng kat Amir dari tadi tu makin melampau-lampau. Dia tu memang bijak tapi bab-bab macam ni saja buat bodoh. So, apa kata kau cerita dekat aku ? Kalau kau bernasib baik, aku takkan cerita dekat diorang." Iya masih dengan penjelasan panjang lebarnya.
"Eh, Hanan tak datang ?" Izra mengubah topik. Bila Iya bercakap soal Aida, teringat pula dia pada Hanan. Entah apa jadi entah.
"Kau tak payah nak ingat perempuan tu. Tak ada gunanya pun. Kau dah boleh berhenti mengelak sekarang." dia ketap bibir geram. Izra punya keras kepala. Bukan main lagi.
"Malas lah. Nanti-nanti boleh tak ?" muka simpati ditayang. Iya mencebik. Nasib buku lima ni tak berapa nak rajin untuk meluku kepala Izra.
Handphone Izra yang mendering nyaring membuatkan masing-masing terkejut. Volume taknak macam orang pekak pulak. Hish. "Tak beragak kau ni." sempat lagi Iya mengutuk sebelum Izra mengangkat telefon.
"Yo ?" Izra buat muka selamba. Iya menjegil. Gila apa cakap dengan suami sendiri macam tu ? Dah taknak cium bau syurga ?
"Kejap lagi tak boleh ke ?" sedikit mendengus. Iya yang disebelah hanya mendengar. Sesekali kelibat Amir dicari juga didalam dewan, tapi tidak pula dia nampak. Macam nak terjadi sesuatu yang menarik je. Iya sengih sumbing.
"Hai, tadi You jugak beria taknak pergi, sekarang dah taknak balik pulak ?" ketawa Amir disebalik talian membuatkan Izra tersentak. Tak guna betul. Direct je dia sindir. Cis.
"I nak berborak dengan Iya kejap." Izra menjeling Iya disebelah. Tak perlu disorok dah. Iya bukan tak tahu.
"Dah tengah malam lah sayang oi. Kita ni bukan macam diorang. Kita duduk di KL tahu ? Kuala Lumpur." suara Amir ditekankan pada ayat terakhir.
"You nak balik, You balik lah dulu. Boleh kan ?"
"Tak, tak boleh. Lagipun ..." bicara Amir mati bila Izra terus menyampuk.
"Eh, pasal apa pulak ?" sempat lagi Izra menepis tangan Iya yang mencubit lengannya. Suka hati dia lah nak cakap apa pun. Hish.
"Kunci kereta dekat You lah." dahi ditepuk perlahan. Sudahlah dia mengantuk. Tunggu masa nak lentok je ni. Siapa pulak yang nak bawak kereta ? Izra ?
"Oh yeke ?" Izra ketawa jahat. Seketika terimbas apa yang dilakukan Amir beberapa bulan yang lepas.
"Jangan ingat You boleh tinggalkan I dekat sini." Amir memberi amaran keras. Tangannya mengepal penumbuk. Geram dengan diri sendiri. Macam manalah dia boleh terlupa yang Izra kemungkinan besar akan membalas dendam padanya. Tak patut, tak patut.
"Kalau I boleh ?" Izra meminta diri daripada Iya. Telefon dijarakkan dari telinganya. "Aku balik dulu. Jumpa next week." Lantas pipi Iya diciumnya. Iya hanya mengangguk senyum. Izra mencapai beg tangannya dan kakinya mula melangkah.
"Diam. Dan datang sekarang. I mengantuk tahap cipan ni. Cepat."
Izra ketawa lagi. Padan muka. "Tak nak." Tangga dituruni perlahan-lahan. Kali ini biar dia pula yang memainkan Amir. "Eh, You boleh balik naik teksi kan ?" Izra mengingatkan. "Takkan You tak boleh berdikari kot." Tambah Izra lagi. Sengaja nak bagi panas.
"Berani buat lah ...." belum sempat Amir menghabiskan bicaranya. Telefon dimatikan. Amir mengetap bibir geram. Nafas ditarik perlahan dan secara tak sengaja matanya menangkap sekujur tubuh yang berdiri di hadapan pondok pengawal sekolah sedang menayang kunci keretanya. IZRA !
3 ulasan:
best best sangat.sambung lagi~
wahhh.... best2....
uuuuhhhh.
izra izra..
kang kena 'sayang'ngan amir br tau
Catat Ulasan