Amir dan Izra sudah mula bekerja. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Hinggakan hanya waktu tidur sahaja bersua muka. Najwa pula sudah sambung belajar. Ibu dan Ayah Izra sudah lama pulang ke rumah mereka.
Perihal mug yang dipecahkan Amir tempoh hari sudah diselesaikan. Mengamuklah juga Izra malam itu. Habis digeledah satu rumah mencari kelibat Amir, rupanya sorok dalam bilik air. Ceh. Kesudahannya Izra mogok seminggu. Baru padan muka.
"Yang kau ni dah kenapa ? Sengih sorang-sorang." Nani garu kepala. Dari tadi dia melihat sepupunya membelek kertas kerja sambil tersengih.
"Ehem. Tak ada apa lah." Izra membetulkan riak wajahnya. Kembali serius mengadap kertas kerja.
"Ececece. Konon." Nani ketawa kecil. Sayang tapi ego melebih. Tinggi ke langit egonya. Nani geleng kepala.
"Diamlah. Buat kerja kau tu." pen dibaling pada Nani. Bising je minah ni. Buat malu aku je. Hish.
*****
"You ada nampak PDA I tak ?" Izra menyapa Amir diruang tamu. Puas dia mencari di dalam bilik. Masih tidak ketemu.
"Entah." sepatah dijawab.
"Bukan You yang ambik PDA I hari tu ke ?" dahi Izra berkerut. Setahunya, kali terakhir dia nampak waktu kena tinggal dekat Mall tu.
"Mana I tahu." acuh tak acuh saja jawapan yang diberikan. Izra mula naik angin. Mamat ni karang ada jugak yang aku pelangkung. Dah ambil buat tak tahu pulak. Sabar je lah.
Izra urut dada. Sekarang cepat betul darahnya naik. Mungkin nak datang bulan agaknya. "I cakap dengan You elok-elok ni. Bagi la balik. Banyak benda tahu tak I simpan dalam tu."
"Tepi lah." Amir menolak Izra ke tepi dari menghalang pandangannya.
"Bagi dulu." Izra tadah tangan. Kembali menghalang pandangan Amir.
"Izra." suara Amir berubah. Izra segera ketepi. Lain macam bunyi. Mood dia tak okay kot. Fikir Izra. Segera dia mengatur langkah ke dapur. Peti ais dibuka.
"Melampau. Air sejuk pun tak ada. Ergh." pintu peti ais ditutup kasar. Menuju ke pintu belakang. Langkah diatur dengan berhati-hati ke belakang rumah. Ingin menghirup udara segar.
Izra senyum mendongak langit. Hidupnya sekarang mungkin lebih baik dari dulu. Cuma bila tiba part Amir, itu lebih kepada 50 - 50. Kadang menyakitkan hati, kadang boleh diajak bergurau senda. Rindunya kenangan dulu. Tersenyum lagi
***
"Okay. Ada orang nampak tak kertas yang cikgu bagi tu ? Ada tak ?" Izra menjerit di hadapan kelas. Tapi sayang, Seorang pun tak melayan dia. Diteliti satu persatu manusia yang ada didalam kelas. Lebih kepada membuat hal sendiri.
"Korang. Aku tanyaaaaa ni. " sekali lagi dia menjerit dihadapan kelas. Amir dibelakang kelas tersengih kerang busuk. Menyindir dalam hati barangkali.
"Apa pandang-pandang ?" mati sengihan Amir. Segera dia memandang tempat lain. Kertas itu selamat dibawah mejanya. Jadi dia tak perlu risau. Biar Izra terkulat-kulat mencarinya.
Izra menapak kebelakang kelas. Sengihan lelaki itu, bukan calang calang punya sengihan. Agenda jahat lagi la tu. Bisik Izra sendiri. Bukan dia tak tahu. Kerja lelaki ini hanya tahu menyerabutkan hidupnya sehari-hari.
"Bak kertas tu." tangan ditadah. Memandang Amir dengan wajah berkerut.
"Lalalala"
"Bagi kertas tu Amir." ditekankan suaranya kali ni. Sakit hatinya melihat lelaki itu memandang ke atas dan menggoyangkan kepalanya kiri kanan.
"Mana ada kat aku." Cermin mata ditanggal. Izra telan liur. Lahabau. Boleh pulak tanggal cermin mata dia.
"Ouh eh ? Dahtu ni apa ? Makanan tengahari kau ?" ditarik kertas yang suku terjuntai dari bawah meja Amir. Amir telan liur, tapi wajah masih selamba.
"Dasar suka menyusahkan orang." digulung-gulung kertas itu, dan dihempuk ke lengan Amir. Merah padam wajahnya.
"Dah memang kerja aku kan ?" sengih lagi. Suka betul bila Izra marah. Itu adalah satu kemenangan buat dia melihat gadis itu didalam mood yang tak berapa nak stabil.
"Diamlah." pantas Izra berlalu. Nasib dia jumpa, kalau tidak mampus dia kena menyalin segala macam jenis maklumat pelajar yang ada. Sudahlah 40 orang pelajar. Haih.
***
"Amboi. Kemain suka nampak, gelak sorang- sorang ?" Amir menjerkah dari belakang. Izra cepat cepat menyentuh bibirnya.
"Yeke ? Mana ada." Izra kembali menatap TV dihadapannya.
"Elehhh." Amir labuh punggung di sebelah Izra sambil tangan kanannya memaut bahu Izra.
"Tangan tu please jauh-jauh please ?" Izra menjeling Amir. Lelaki ini tidak pernah tahu erti penat ke ?
"Biarlah. Eh, I lupa nak bagi tahu, diorang nak buat reunion. You nak pergi ?" Izra angkat kening. Reunion apekejadahnya ?
"Eh ? " Izra paling muka pada Amir.
"Apa ?" Amir garu kepala. Ahh sudah. PDA dia lah tu. Zaman sekarang orang dah tak pakai dah tahu ?
"Tak ada apa. Mana tahu ?" Izra kembali seperti biasa. Suaranya agak kurang senang dengan berita yang diberitahu. Mungkin teringat sesuatu.
"Diorang lah yang contact I, tu yang I tanya You ni. Kalau nak pergi, nak cakap dengan diorang. Kalau tak, kita buat bodoh je la."
"Entah. Mana I tahu." Izra angkat bahu. Rasanya dia tak mahu dah fikir pasal ni. Penat.
"Come on. Jangan nak ingat sangat benda yang dah lepas. Masing masing dah besar kan ? Masing masing mestilah pandai fikir." rambut Izra dibelai lembut.
"Ish. Apa ni ?" tangan Amir serta merta ditepis.
"Ouh, tak boleh eh ?" Amir sengih kambing. Izra menjeling.
Izra tak membalas. Matanya merenung jauh ke skrin TV, berfikir betulnya kata-kata Amir sebentar tadi. Mungkin tak ada orang akan ungkit cerita tu, tapi probability untuk semua orang lupa kenangan lepas tu rasanya itu macam mustahil sikit. Izra sedikit memuncung.
"Nak ke tak nak ?" Amir kembali menyoal. Dia bukan tak tahu apa yang ada dalam fikiran Izra. Lebih daripada tahu.
"Entah. Nanti la I fikirkan. Banyak benda nak kena kaji dulu" Izra bangkit dari sofa. Mahu beredar. Mahu berfikir secara tenang. Ini bukan perkara main-main. Tambah pula dengan status mereka sekarang tak seorang pun yang tahu. Eh, yeke ?
"Cik Izra sayang. You nak fikir apa. Just say yes or no. Simple kan ?" Amir garu kepala. Menyebabkan langkah Izra terhenti.
Amboi. Bukan main lagi dia ni. Dia lelaki senang cakaplah. Orang cakap apa nanti pun bolehlah pekakkan telinga. Aku ni perempuan. Haih. "Esok I bagi jawapan. Balik dari kerja. Sekarang nak tido"
Izra terus melangkah naik. Bertambah berat dadanya dengan datangnya benda yang tak diduga macam ni. Apa yang patut dia buat sebenarnya ? Apa ?
*****
"SO, whats the problem ?" Nani angkat bahu, jungkit kening, kerut dahi. Dari apa yang dia dengar dari mulut Izra, itu semua sengaja nak kasi serabut kepala otak. Macamlah semua orang tak grow up ?
"Kau tak faham. Bukan senang aku nak jumpa diorang semua balik lepas aku ciao macam tu je. Tambah pulak nak tengok semua muka yang pandang aku macam aku ni pernah bunuh orang dulu. Lagilah aku taknak." Izra tekankan suaranya. Rasa macam nak dicekik-cekik Nani dihadapannya. Sama macam Amir, langsung tak memahami.
"Kau fikir diorang tak tahu perkara sebenar ? Jangan macam ni Izra. Itu kawan-kawan kau. kau tak boleh nak larikan diri kau terus macam ni. Nanti lagilah timbul cerita yang tak seronok."
"Tak. Dia macam ni tau .... "
"Iya Izra. Iya. Aku dah faham dah. Tapi, sampai bila ? Sampai bila ? Kau pun dah kahwin dengan Amir sekarang ni. Jadi ?" Nani angkat kening. Kadang spesis perempuan macam Izra ni nak kena lawan dengan cara tersendiri. Dasar kepala batu.
"Hmm, nantilah aku fikirkan." Izra mengeluh. Dia kalah lagi. Dengan Amir kalah dengan Nani apetah lagi. Dia membelek tangannya. Inai kat jari pun belum habis, dah tetiba nak pergi reunion ? Lagilahhhhhhh masalah !
"Tapikan, kau rasa diorang tau tak kau dah kahwin ? Maksud aku dengan Amir ?" persoalan Nani buat Izra angkat muka. Tu diaaa ! Rasanya belum seorang pun yang tahu. Rasanya lah.
"Mungkin tak." Izra senyum simpul. Idea tercetus di otaknya.
"Kau dah kenapa ? Semacam pulak dah."
"Otak kau super duper brilliant ! Haa." Izra tepuk tangan. Cantik. Cun melecun. Dia boleh pergi reunion, tanpa seorang pun tahu dia dah kahwin dengan Amir. Soal inai dekat jari ? Pedehal yedok ?
"Thanks. Tapi kadang aku rasa otak aku akan bagi masalah dekat kau. Itu idea sampah kau tahu ? Ingat aku tak tahu lah apa benda kau nak buat ? Cis bedebah." Nani buat muka. Terus angkat punggung dari situ. Makin lama melayan Izra makin pening kepalanya. Tak faham. Sungguh !
"Woi. Bayar dulu kau punya woi !"
"Macam tak biasa, tolonglah !" Izra tertegun. Hampeh punya sepupu. Hish.
4 ulasan:
oooooooo..
lm nye.. br ade n3 br..
isk isk isk..izra ni nape ni..
pe la yg di plan kan tuh
wuuu. lamanya. nasib baik ada entri. huhu.. sambung lg ye cik writer. ;)
akhirnya muncul jua. setelah berbulan lamanya. apapun thanks for tis entry. i love it. Ish2x Izra ni tingginya ego. sbb kisah lalu dia nk elak reunion tu dah tu taknak org tau dia kahwin dgn amir. ti ada org cuba tackle amir lg naya baik biar smua tau amir ur husband. then xde sapa nk ganggu dah.
alhamdulillah..akhirnya dapat juga baca n3 nie.cepat2 la smbg lg akak.please please.lama sangat dh peminat cite nie tunggu.cite nie best.smpai hari2 try tgk kut2 ada la n3 baru.kesian~
Catat Ulasan