OKAY. Here we go ! Izra tarik nafas dalam-dalam. Ni bukan senang dia nak buat keputusan drastik macam ni. Amir disebelahnya dipandang. Gila ! Mamat ni gila tak ada perasaan. Fuhh. Nak menjejak balik sekolah ? Diorang ni memang sungguh dah tak ada bajet ke apa buat reunion dekat sekolah je ? Hish.
"Yang You ni dah macam cacing kepanasan kenapa ? Tu la, pakai lagi tudung lilit belit leher. Kan dah nak lemas." Amir menyindir. Padahal bukan dia tak tahu apa yang sedang difikirkan Izra.
"I belit You sekali dengan selendang ni karang baru tahu. Orang tengah nervous dia boleh perli-perli pulak" muncung Izra keluar.
Amir ketawa geli hati. "You bukan nak pergi jumpa orang lain. Kawan-kawan You jugak kan ?"
"Bukan itu masalahnya ...."
"You jangan risaulah. Dah bertahun dah berlalu kan ? Masing-masing dah besar. Dah tahu hal sebenar dah pun. Jangan lah fikir sangat." Amir senyum. Tangan kirinya mencapai tangan kanan Izra. Digenggam erat.
"Thanks." Izra senyum. Ditarik perlahan tangannya. Lelaki ni kan, tak perlu nak main sentuhan jiwa sangatlah malam malam macam ni. Hish.
"You lelapkan mata kejap. Nanti dah sampai, I kejut. Lagipun, lambat lagi ni." Amir bersuara lembut. Lembutnya hanya Tuhan yang tahu. Kalaulah dari sekolah Amir bersuara macam ni, hishhhhhh. Izra picit dahi sendiri. Tak mahu ingat. Tak mahu !
***
Dah lebih 5 kali handphone Izra berbunyi. Dia mengeluh lagi. Matanya meninjau ke dalam sekolah. Ahh. Kenangan lagi ! Bencinya dia. Sekolah tu tak macam malam hari hari biasa. Lampu menerangi seluruh sekolah.
'Kata buat dekat kelas form 5 ? Kenapa sampai satu sekolah ?' dah berpuluh juta kali soalan tu ditanya pada diri sendiri. Mahu ditanya pada Amir, Amir dah lebih dulu disuruh masuk. Sengaja. Amir bukan tahu rancangannya.
"Ya." kali keenam berbunyi, kali ini Izra mengangkat handphonenya. Mendatar suaranya.
"You dekat mana ni?" sedikit keras suara disebalik talian.
"Dalam kereta lagi. Tiba-tiba rasa tak sihat." Izra buat suara kesian. Dengan harapan Amir datang ke kereta dan boleh terus balik. Hilang terbang semangatnya.
"Tahu tak apa hukumnya menipu pada suami ? Dah ! Cepat naik. I bagi You lima minit. Cepat !" Izra mencebik. Cis. Rancangan tak menjadi.
"Kejaplah. Nak naik la ni. Haih." Izra cabut kunci kereta dibahagian pemandu. Menarik nafas dalam dalam sebelum pintu kereta dibuka.
"Lima minit lagi I sampai. Diorang tak tahu apa-apa kan ?" Izra menyoal dengan nada lemah.
"Tak. Kenapa ? Nak I bagitau ?"
"Ehhhhhhh, takpayah. Bye !" cepat sahaja talian dimatikan.
Langkah diatur perlahan. Dia senyum pada penjaga bangunan sambil menunjukkan pas yang dimilikinya. Angin malam, terasa menyegarkan otaknya. Pandangan dilempar di sekitarnya. Tak banyak yang berubah. Senyum menghiasi wajahnya tanpa disedari.
Lampu yang sungguh cantik di belakang sekolah, menarik kakinya ke bahagian itu. Berbeza dengan haluan yang sepatutnya diambil untuk ke majlis reunion. Sungguh cantik. Kerusi itu, masih dekat situ ? Bisik hatinya. Air mata jatuh setitis. Segala jenis macam perasaan berbaur saat ini. Dia pertaruhkan perasaannya sendiri dengan berada disini sekali lagi. Sakitnya, hanya dia yang tahu. Hanya dia dan Tuhan yang tahu.
Izra berpeluk tubuh. Memejam mata sambil mengambil udara segar. Perasaannya harus ditenangkan untuk naik ke atas. Perlahan langkah diatur menuju tangga. Dewan Serbaguna yang tak berapa jauh dari tangga , boleh didengari riuh rendahnya.
"Kata buat dekat kelas ? Ke semua buat reunion ni ?" berkerut-kerut dahi Izra. Setahunya apa yang diberitahu, hanya kawan sekelas sewaktu di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang hadir. Atau lebih tepat, yang merancang majlis reunion ni.
"You buat apa lama sangat nak naik tangga ni ? Kaki terseliuh ?"
"Hish ! Bagilah salam dulu kalau ya pun !" Izra mengurut dada. Ingatkan jembalang mana yang bersuara garau menegurnya.
"Dah You lama sangat. Haih." Amir menapak mendekati Izra.
"Jomlah." Izra mengatur langkah menaiki tangga. Tak dihirau Amir yang mendekatinya. Dalam gelap macam ni syaitan dimana- mana woi. Bahaya bahaya.
"I tak rasa You nak bagitahu diorang semua kan ? Pasal kita ?" Amir buka bicara. Nani dah bagitahu. Macam manalah dia boleh nak buat tak tahu.
Izra diam. Ini mesti kerja Nani. Punah hancur harapan aku. "I tak sedia lagi. Faham kan ? Biar je diorang tak tahu apa-apa. Tu lagi senang, dari nak menjawab soalan yang I tak tahu jawapannya."
Amir mengeluh. Mengangguk perlahan. Silap dia. Kena terima jelah seadanya. "Okay. You naik dulu. I'm right behind you, 5 minutes." lima jari diangkat pada Izra.
"Thanks again." Izra senyum. Segera diatur langkah menuju tingkat paling atas. Matanya terpikat dengan suasana disekitarnya. Pandai diorang ni main dengan cahaya lampu ! Bisik hati Izra.
***
Izra mengeluh. Dia dah agak situasi macam ni akan berlaku. Dah agak ! Semua mata masih terpaku padanya. Rimas rasanya. Dia menggaru kepala sendiri. Amir dilihat, memandang ke arahnya dan mengangguk perlahan tanda beri semangat ? Beri semangat ? Cis. Semangat apa mcm tu.
"Errr ..." Izra cuba melangkah masuk ke dalam kelas. Beratnya kaki dia hanya Tuhan yang tahu.
"Aimi ?" suara halus menyapa memecah kesunyian yang datang bila dia menjengukkan wajahnya ke bahagian hadapan kelas.
"Iya. Aziya Dalila. Kenal lagi ?" tangan yang dihulur dipandang Izra. Dipandang wajah dihadapannya bersilih ganti dengan tangan yang dihulur. Izra kaku ! Mana mungkin dia tak ingat satu-satunya manusia yang percayakan dia, cuba mempertahankan dirinya dulu ?
"Ingat." bibir diketap. Suasana masih hening. Air mata yang ditahan sedari tadi diseka sebelum jatuh di pipi. Segera dia menarik tubuh Iya kedalam dakapannya. Ya Allah, rindunya. Rindu sangat.
Iya senyum. Matanya kabur. Tapi tak pula dia mengesatnya. Rasa bersalah menghuni hatinya beberapa tahun ini bila memikirkan Izra. Sungguh, dikala itu dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
"Rindu kau." belakang Izra diusap lembut. Tahulah dia Izra mengalirkan air mata bila bahunya terasa basah.
Semua mata yang terpaku pada Izra, bergenang air mata melihat keadaan itu. Masing-masing berpaling. Tak kurang juga yang menunduk ke bawah. Suasana masih hening. Amir menggaru kepalanya. Hanya dia seorang sahaja yang tersengih-sengih.
"Iya je ? Aku ?" suara yang memecah sunyi lagi sekali itu sudah berada di sebelah Iya. Memandang Izra dengan mata berkaca. Tahu dirinya sebagai seorang sahabat yang dahulunya janji susah senang telah memungkiri janji tersebut.
"Ida. Zahida." Ida senyum memperkenalkan dirinya. Tanpa disuruh, dia terus memeluk Izra apabila Iya melepaskan pelukannya. Izra tersentak dan langkah terundur beberapa langkah bila Ida drastik memeluknya.
"Kau ni. Kalau ya pun. Relekslah." Izra ketawa perlahan. Semua yang mendengar tersengih sumbing.
"Sorry. Emosi sikit." Ida melepaskan pelukan. Air mata di seka. Izra sengih. Matanya meliar memandang ke seluruh kelas.
"Hai." Izra angkat tangan. Bibir dihiasi senyuman. Mengharap tak ada yang mahu menyerangnya kali ini. Fuhh
"Kau pergi mana la selama ni gila ?" Black yang tiba tiba ingin memecah suasana janggal datang dekat dan meluku perlahan kepala Izra.
"Agak-agak bro." Ida menghalakan penumbuknya ke arah Black. Selamba badak je nak luku kepala orang. Semua yang melihat ketawa kecil.
"Sorry Mi, aku pun nak peluk kau jugak tapi, masalahnya aku lelaki mi." Black buat muka sedih. Menunduk. Pura pura kesal.
"Helleh. Konon. Dah dah. Duduk jauh-jauh." Iya menolak tangan Black. Serentak itu satu kelas mem'boo'kan Black. Black sengih kambing.
Izra yang sedang menggosok kepalanya perlahan perasan Amir mahu mendekatinya. Lalu dijegilkan matanya tanda menyuruh Amir mengawal tingkah lakunya. Tanpa sedar ada mata yang memandang kelakuan mereka berdua dan mengerut dahi.
"Okay ! Rasanya semua dah cukup dah mengimbau memori lama. So, sekarang apa kata kita bergerak ke dewan ?" Aida, salah seorang dari rakan kelas mereka bersuara. Lemas juga rasanya dalam keadaan macam ni.
"Fuuyoo ! Mengimbau memori lama siot ! Sejak bila kau tahu berbahasa pujangga ni Aida ?" kata kata Ammar membuatkan semua ketawa, Aida hanya mencebik. Malas dilayan kata-kata Ammar. Boleh gila.
Dan Izra hanya memandang satu persatu wajah yang ada dihadapannya. Kan best kalau dulu masing-masing macam ni. Izra mengeluh perlahan.
"Jom !" Iya menarik tangan Izra yang sedang mengelamun keluar daripada kelas apabila rakan rakan mereka beransur dari situ. Dan dia sempat melirik jari Izra yang berinai. Dan tersenyum sendiri.
4 ulasan:
waa~tqvm sbb tak bg sy tgu lama.mmg suka gila cite nie.seyes.truskan smbgan nye ye.jgn bg ktorg tgu lama2 lg.sayang penulis cite nie.
wow ! best2.. cpt2 smbung yer penulis.....
series! cte ni mmg best.... sgt2.... tlg smbung cpt2 yer pnulis.... pliss.... sy ske bce cte ni.... jln cte dy sgt mnarik.... keep it up, pnulis.... sye setia mmbcenya,,,, ia sgt seronok d bce! sye bru je hbis bce dri bab 1 smpai bab 21... sgt2 best ! :)
-Mira :)-
uish..
iya da tau ni..
nape la izra ni nak sorok2
Catat Ulasan