Awal-awal pagi lagi Amir dah mulakan sandiwaranya. Penat Izra mahu melayan. Dasar tak faham bahasa !
"Lahh, orang dah kata tak mahu pergi, tak mahulah jawabnya !" suara Izra hampir memenuhi segenap ruang di dalam bilik yang dihuni oleh mereka.
"Lah, habis tu? Takkan nak duduk terperap dalam rumah ni seminggu lagi ?" Amir melepaskan keluhannya. Nak keluar sorang nanti apa pulak kata mak dan ayahnya. Jadi, nak tak nak Amir terpaksa juga mengusulkan cadangannya pada Izra. Lagipun, minggu depan dah mula kerja. Nanti dah tentu semua sibuk dengan kerja. Silap-silap muka pun jarang nampak bila dah sibuk nanti.
"Baik duduk rehat dalam rumah ni daripada berjalan-jalan dengan You ! Karang buat sakit hati je karang." Dalam diam Izra menyindir Amir.
"Itu sebelum kahwin kan ?" Amir menyengih. Baru dia tahu apa yang dimaksudkan Izra dari tadi.
"Sebelum ke selepas, sama je !" Izra hempas punggung atas katil. Memeluk bantal peluknya.
"Lainlahh, cuba eja sebelum dengan selepas." Amir ketawa mengekeh. Izra dah merah padam. Bukan sebab malu tapi sebab bengang !
"Tapi, orangnya tetap sama ! " Izra menjelir lidah.
"Memanglah. Mana ada orang nak kahwin dengan You melainkan I yang sanggup tengok lidah You terjelir hari-hari." Amir memerli Izra. Izra menahan sakit di hati.
"Ahh. Ada je You nak lawan balik. Kalau You nak keluar ke apa ke, You ajaklah orang lain !" terus Izra keluar dari bilik yang terasa berbahang.
"Kalau macam I keluar ajak orang lain, You tak jelouse ke ?" tanya Amir yang mengekor Izra di belakang.
"Tak langsung !" Izra mencapai mug di tempat letak pinggan.
"Sikit pun ?" tanya Amir lagi. Tersengih.
"Iye !" jus oren yang baru dituang ke dalam mug, berjakan lancar ke dalam kerongkong.
"Habis tu kenapa ?" tanya Amir. Tersengih sumbing. Pasti Izra akan malu sebentar lagi.
"Kenapa apa ?" Izra angkat kening. Langsung tak faham.
"Iyelah. Kata orang kalau cemburu tandanya sayang, tapi kalau betullah You tak sayang I kenapa You peluk I semalam?" sinis soalan itu ditujukan pada Izra.
Izra pula terkedu. Tersedak dengan air jus yang sedang masuk kedalam kerongkongnya. Mukanya dah memerah tahan malu. Maknanya dia tak tidur lagi semalam? Even dah satu jam ? Oh My GOD ! Izra tekup mulut sambil menunduk bila terasa panahan mata Amir tepat menikam ke hatinya. Gosh !
Amir tergelak kecil. Seronok melihat muka Izra merah macam tu. "So, kalau You tak mahu makan hati, baik You packing baju You. Banyak sikit sebab sabtu nanti baru kita balik sini balik." Amir terus angkat punggung dari meja makan dan terus berlalu ke hadapan.
Izra masih menunduk. Geram menyelubungi hati. Siot ! Gunakan alasan tu pada aku? Tak patut betul. Ya Allah ! Manalah aku nak letak muka aku ni ? Izra dah mengetuk-ngetuk dahi dan pipi sendiri. Kesal bertindak tanpa berfikir. Haisehh ! Sekarang ni nak tak nak kena ikut jugak ! Cehh, buat bazir air liur aku je berbalah dengan dia. Sudahnya ? Aku dapat malu dan terpaksa ikut dia. Ngeee!
***********************************************************
"Hah ! Kan senang kalau tak berbalah dari tadi !" Amir mengerling ke arah Izra. Mereka baru bertolak setelah berpamitan dengan Puan Fadzilah dan Encik Zaini.
"Ouh ! Shut up." Izra membuang pandangannya di luar, malu masih bersisa.
"Gerenti You takkan dapat malu kalau You dengar je cakap I tadi." Amir ketawa mengekeh.
"Boleh tak You senyap?!" Izra menggumam malu. Dia dah tak tahan, dari dalam bilik tadi dia packing baju, sampai sekarang mulut Amir tak berhenti berbunyi tentang perkara yang sama.
"Okey, Sorry !" Amir ketawa lagi. Benar, semalam memang dia tak tidur lagi dan dia hanya lena apabila tangan Izra mendarat di pinggangnya.
"Aminn !" Izra meraup telapak tangan ke mukanya apabila Amir akhirnya mengalah.
Hampir satu jam setengah membisu, akhirnya mereka sampai ke destinasi mereka. Amir senyum pada Izra, Izra buat muka innocent. Langsung tak membalas, pandnag pun tak.
"You tunggu dalam kereta, hujan ni." Amir memberi arahan dan Izra hanya mengangguk setuju. Malas mahu bertekak. Yang dia tahu dia hanya mahu naik ke bilik dan baring di atas katil. Rasanya dah tak betah dia duduk dalam keadaan macam ni. Seketika, dia membuang pandang pada Amir yang sedang meredah hujan. Sengal ! Apa tak parking je dekat situ. Dekat sikit. Ni tak, karang demam, aku jugak yang susah ! Izra menggumam perlahan.
Lama Izra mengelamun, setelah bayang Amir lama menghilang. Hampir 5 minit menunggu, Izra terasa bosan. Pantas ditarik kunci kereta, handbag dicapai dan hujan terus diredah tanpa mempedulikan amaran Amir sebentar tadi.
"Kan I dah kata tunggu dalam kereta ?" suara dibelakang Izra hampir membuatkan Izra menjerit latah di situ. Lantas diurut-urut dadanya.
"You lama sangat !" Izra mengibas-ngibas tudungnya yang basah kuyup.
"Baru lima minit Izra." Amir mengeluh. Mencapai tangan Izra dan terus menuju ke lif. Izra hanya membiarkan.
"Lama la jugak." Izra menggumam sendiri. Dia memberikan senyuman pada pengunjung hotel dihadapannya.
"Kunci kereta ?" Amir bertanya, tangan kiri masih menggenggam tangan kanan Izra.
"Nah. " Izra menghulurkan kunci tersebut pada Amir.
"Lain kali dengar cakap I. Nanti kalau You demam, I yang susah." Amir menarik Izra keluar dari lif.
"I dah biasalahh." kepala yang tak gatal digaru. Apahal pulak mamat ni risau habis ni ?
"Beg I ambil kejap lagilah. Tunggu hujan reda dulu." masuk sahaja kedalam bilik Amir terus menuju ke bilik air. Izra hanya terpaku ditengah-tengah bilik yang baru dijejakinya. Berdiam diri di situ, malas mahu mengomen apa-apa pun.
"Lap badan You tu dulu. Nanti sejuk." Amir menyangkut tuala di bahu Izra, dan Izra yang malas mahu berbalah terus melakukan apa yang disuruh Amir, dan Amir hanya berdiam diri. Janggal seketika berada dalam situasi begini.
"I nak tidur dulu boleh ?"pinta Izra. Dia sudah pun berdiri di hadapan Amir yang sedang menghadap laptop. Entah apa saja lah yang dibuatnya.
"Hurm." Amir menjawab tanpa memandang wajah Izra, Izra yang melihat terus menuju ke katil. Badannya dibaringkan perlahan-lahan. Selimut ditarik hingga ke paras leher. Dari tadi dia terasa sejuk. Penghawa dingin terasa menyucuk-nyucuk tulang hitamnya. Untuk meminta Amir menaikkan suhu, dia rasa tak mampu nak membuka mulut.
"Syhh. You tidurlah dulu. I tau You sejuk." Izra tersentak apabila tangan Amir dah melingkari pinggangnya. Entah bila masa Amir naik ke atas katil dia sendiri tak tahu.
"I teman You. Bila I dah ambil baju nanti I bagitahu You. You tidurlah." pipi Izra dikucup sekali. Dan apabila Izra terasa badannya hangat dek pelukan Amir tanpa berkata-kata dia terus terlena di dalam pelukan Amir. Terasa dirinya selamat apabila diperlakukan begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan