"Ibu buat apa tu??" Izra bertanya lembut. Belakang Ibunya dipeluk erat. Ah. Dah lama tak bermanja, desis hati Izra.
"Tengah jemur baju." Jawab Ibunya selamba. Izra sengih.Hah tulah dah tahu lagi mahu tanya. Orang depan mata tengah masak lagi mau tanya buat apa. Hii. Betullah.
"Ala ibu ni.." Izra merengek.
"Tak senonoh punya anak dara. Kita suruh mandi dia dok peluk ibu dia kat sini. Sudahlah lewat bangun.." Mak Ngah menjenguk muka.
Ah. Mak Ngah dalam keluarga ni memang ada sifat kepimpinan betul. Lagi melebih dari ibunya sendiri yang merupakan anak sulung.
"Bukannya selalu." jawab Izra selamba.
Mug kesayangannya yang dibawa dari KL diambil dirak pinggan. Manusia kalau dah sayang sesuatu, conform tak nak lepas. Eh betul ker macam tu?? Izra bertanya sendiri, sambil menggaru kepalanya sendiri.
"Ah. Sedapnya." Izra buat aksi kelegaan yang teramat.
"Kamu tu dah kahwin Izra, buatlah cara orang dah kahwin." Mak Ngah menegur. Ibunya yang sedang menggoreng entah apa kat atas dapur menyengih.
"Ye ker Mak Ngah?? Entah Amy rasa macam belum kahwin jer." dan selepas itu telinganya dipiat oleh Ibunya sendiri.
Aduh sakitlah Ibu. Hiii. Keluarga ni betullah. Suka sangat piat-memiat telinga orang. Kalau macam ni habis telinga aku terkoyak tau tak.
"Tak baik cakap macam tu. Dengar dek Amir nanti terasa dia." Ibu berbisik. Izra hanya mengangguk. 'Ye lah Ibu.'
"Hye kak.." Najwa menyampuk. Bibirnya tersenyum penuh makna. Dia menghampiri kakaknya dan mencium pipi itu. Kuat! Izra buat muka geli.
"Euuwww. Apa ni Dik?? Geli tahu??" Izra sudah menjarakkan badannya dari Najwa. Terbayang aksi berbabak-babak Amir semalam.
YA Allah. Naik geli-geleman aku.
"Sejak bila pulak ni Izra?? Semalam Mak Ngah tengok kamu okey jer?? Najwa dengan Irfan cium kamu berkali-kali dulu pun kamu langsung tak marah." Mak Nagh memandang tajam. Macam cuba menyelongkar sesuatu jer.
Izra diam. Tak tahu nak cakap apa. Kat mata dah terbayang dah Amir gelak terguling-guling bagai tenggiling. Alahai. Ada pulak perumpamaan macam tu.
"Errr.." Izra kehilangan kata. Nak jawab apa bibirnya sendiri kelu.
"Entah. Sejak kahwin ni makin tak nak dekat dengan Najwa pulak." Najwa dah menyuakan nasi goreng cina ke mulut. Cakap macam Izra dah berkahwin berbulan-bulan lamanya. Izra terasa nak ketuk kepala Najwa.
"Najwa ni. Suka buat andaian tau. Mana ada. Kan akak ni dah kahwin mana elok macam dulu lagi. Kan Mak Ngah?" Izra merenung Mak Nagh yang tengah membaca majalah. Jam dikerling.
Pukul 8 pagi. Patutlah pun, semua releks je. Sat gi tengah hari baru bersanding.
"Eh. Apa babitkan Mak Ngah pulak. Ker kamu ada apa-apa yang nak share dengan kitorang??" Mak nGah tanya mengusik.
"Err. Yang lain mana hah?? Mak dengan Ayah Amir mana Mak Ngah??" Izra cuba tukar topik lain. Dia melilaukan matanya ke sekeliling.
"Pergi sungai sana tuh." Mata Mak Ngah melilau ke anak sedaranya. Ada sesuatu yang pelik pada anak sedaranya itu tapi.
"Kak, Akak sejuk ker?" Najwa bertanya sambil mengerling leher kakaknya. Mak Ngahnya juga begitu. Sebenarnya itulah yang dia nak tanya tapi entah mengapa tak terluah.
"Tak adalah biasa jer." Izra langsung tak perasan yang kedua mereka memandnag lehernya. Masih leka dengan menungannya.
"Habis tu, kenapa kamu berbalut dengan tuala tu??" Ibu yang entah datang dari mana muncul di depan Izra.
Dia duduk di sebelah Mak Ngah berdepan dengan Izra.
"Saja jer." Izra ketap bibir.
Kalaulah diorang tahu. Mati aku kena usik 100 hari 100 malam. Izra telan liur.
"Akak..." Najwa bersuara sambil menepuk bahu kakaknya.
Izra memandang. "Apa??" Najwa buat muka serius habis.
"Kalau Wawa cakap Akak jangan terkejut ek?" Najwa meliarkan matanya ke lantai.
Izra buat bodoh. "Apa?" Izra angkat kening bertanya.
"Kat bawah kaki akak tu." Najwa berkata sambil menyuruh Izra memandang ke bawah. Izra buat muka pelik.
Apakehal la pulak budak sekor ni. Mak Ngah dan Ibu turut mengerling ke bawah. Dalam hati mereka berdua tersenyum sambil menggigit bibir menahan sengih. Tahu Najwa nak kenakan Izra.
"Kat bawah kaki akak ada..." Najwa melambat-lambatkan ayatnya.
"Kat bawah. Kat bawah. Dari tadi dekat bawah. Apanya?!" Izra membentak. Serentak dia, menoleh ke bawah kakinya.
"Aaaaaaaaaaaaaa........." Izra dah berdiri atas kerusi. Melompat-lompat macam buat tarian cha-cha, mambo, tap. Ah. Tak kisahlah. Pokoknya dah segala jenis tarian yang ada dan tak ada di buatnya kat atas kerusi tu.
Mak Ngah, Ibu dan Najwa dah gelak terbahak-bahak. Tapi ada yang lebih menarik perhatian mereka. Leher Izra. Tanpa Izra sedar dia dah tarik tuala yang menutupi lehernya untuk memukul LIPAS yang tengah nak mengawan kat bawah kaki dia. Alahai! macam-macam.
"Aaaa.... Tolonglah. Alihkanlah benda tu. Tak sukalah." Izra membentak-bentakkan kaki kat atas kerusi. Dia mencebik mahu menangis. Tanpa sedar banyak mata yang sedang memandang lehernya.
Masing-masing sengih mengusik. "'Lawa 'leher'. Bila pulak 'nyamuk' gigit??" tegur Ikhman sambil melihat adik sepupunya itu membentak-bentakkan kaki. Dia sendiri turut tergelak.
Izra memberhentikan perbuatannya. Terkedu seketika sambil menekup lehernya secara spontan. Alamakkkkk. Izra tepuk dahi. Dia dah terlupa.
Dia memandang semua yang ada depan matanya. Ramainya. dengus hati Izra. Abang
Ikhman, Ipan, Jannah, saudara belah ayahnya, Mak Amir, Ayah Amir, Ayah Izra dan tak terlupa jugak dekat AMIR!!
Malunya dia. Semua gelak serentak. "Alihlah benda tu.." Izra menunjuk ke arah lipas yang ada kat bawah kerusinya pula. Air mata dah terasa nak terhambur keluar. Dia merenung pada mereka semua dengan pandangan simpati.
Amir ketawa melihat reaksi Izra. Ganas-ganas pun takut lipas.Apa da?? Kali ni semua mata memandang Amir yang tengah menekan-nekan perut tahan ketawa. Serta merta ketawa Amir terhenti.
"Err.. Sorry.." Amir angkat tangan.
"La tengok apa lagi? Cepatlah alihkan." Izra masih merengek. Air mata dah terhambur tanpa dapat ditahan-tahan. Bukan sedih sebab tak ada orang nak alihkan lipas tu tapi sedih sebab Amir pun dua kali lima dengan diorang. Gelakkan dirinya kerana takutkan lipas!
Semua yang ada ada disitu hanya memerhatikan gelagat mereka berdua dengan senyuman penuh makna. Izra dah tak peduli. Dia terus menangis sampaikan tualanya tadi dah lembab-lembab dah dengan air mata dia.
"Dah. Dah buang dah." Amir bersuara. Dia menghampiri Izra yang tengah menangis.
"Syuhhhh." Amir memeluk Izra yang sudah terduduk kat atas kerusi yang dipijaknya tadi. Yang lain semua beredar dengan sengihan, memberi peluang kepada suami-isteri itu.
Kecuali Puan Fadzilah, Puan Marliza, Encik Zaini, Encik Haris dan Najwa. Yang lain semua dah berlalu ke ruang tamu dan menghamburkan ketawa mereka yang tertahan-tahan sejak tadi di situ. Sejak semalam lagi macam-macam yang terjadi.
"Dah lah tu. Dah buang dah pun." Amir mengesat pipi Izra yang dah basah. Mata Izra direnungnya. Izra hanya menunduk.
"Tipu." Izra menggumam perlahan. Dengan Amir dia tak boleh percaya sangat. Dah selalu sangat kena main.
"Betul. Tak tipu. Dah buang dah kat luar tu. Siap pijak-pijak lagi." Amir sengih. Alahai bini aku ni pun. Takut sangat dengan menatang tu.
"Tipu." Izra memandang mata Amir dengan mata yang berkaca. Sebenarnya sebab apa dia menangis dia sendiri tak tahu, tapi hati kuat mengatakan sebab Amir gelakkan dia tadi. Ah sudah bertunas kembalikah cintanya dulu? Dia bertanya pada diri sendiri.
"Okey. Kalau macam tu. Terpaksalah." Amir buat kata putus. Bengang dengan Izra tapi dalam waktu yang sama dia masih mahu mengenakan Izra.
Izra terpinga. Terpaksa?? Terpaksa apa pulak?? "Terpaksa apa??" Izra bertanya. Tangannya tanpa sedar masih memeluk pinggang Amir. Mukanya pula disembamkan ke dada Amir. Damai sekejap.
"Terpaksalah. I angkat You!" Amir bersuara rendah takut bahasa yang dipakai didengari oleh Ibu dan ayahnya yang turut ada disitu.
"HAh?? Tappp...." tanpa sempat Izra membalas dia terasa dirinya melambung di udara. Terkejut campur malu sama dengan bengang dengan Amir. 'Tunggulah!' hatinya memebri amaran pada Amir.
"Syuhhh.." Amir bersuara. Dia menyegih. Tangan Izra yang berpaut pada lehernya dipandang sekilas.
"Fuuyyyoooooo.. Romantik siotttt" Abang Ikhman bersiul. Izra dah meronta-ronta malu.
"Baik diam. Karang lepaskan kang!" Amir mengugut.
"Akak.jangan tak keluar bilik dah lah.." Jannah menyambung usikan Abang Ikhman.
"Korang boleh senyap tak??" sebelum Amir membuka pintu bilik Izra menjerit. Mukanya sudah merah sangat-sangat menahan malu apatah lagi semua orang menontonnya.
Alahai. menyesal pulak tak percaya cakap dia tadi.
"Amir!" Izra menjerit pada Amir pula yang mahu mencium pipinya dalam keadaan macam tu.
Amir menyengih. Tahu takut. "Baik senyap." Amir memberi amaran buat kali kedua.
"Akak. Nanti jangan lupa bersanding tengah hari. Kena makan dulu, perut kan kosong!" Najwa pulak yang menyambung. Dia menyelitkan sindirin kepada Izra ,sebelum pintu ditutup oleh Amir.
"Alah nanti perut mesti tak 'kosong dah' conform 'berisi' punya." Puan Fadzilah menyahut seruan mari kita usik izra habis-habisan.
"MAK!!" Pintu bilik ditutp dan suara Izra langsung tenggelam.
Yang lain diluar hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tergelak sakan. Habis segalanya berselerak. Masing-masing dah gelak terguling-guling. Kali ni tak main-main. Serius. Terguling habis macam kucing miang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan