Seusai majlis persandingan, Izra dan Amir terus balik ke rumah Puan Fadzilah Dan Encik Zaini. Sebenarnya majlis persandingan belah pihak perempuan dan lelaki dibuat secara serentak dan ditempat yang sama, atas permintaan Izra kerana minggu depan Izra sudah mula bekerja. Lagi satu Izra malas untuk menyusahkan diri dan membazir duit. Buat sekali dah lah.
Izra menyandar malas pada sofa. Penat dibuatnya kerana melayan kerenah Amir yang dari tadi tidak berhenti-henti membulinya. Ditambah lagi dengan padangan para tetamu pada lehernya. Ahhh. Habis merona wajah apabila tetamu yang menepung tawarnya berbisik padanya. Huh.
"You fikir apa?" suara Amir yang tiba-tiba muncul, menyentak lamunannya.
"Tak ada apa." Izra menyambut mug yang dihulur Amir.
"Best tak hari ni?" Amir bertanya separuh mengusik. Skrin tv dipandang tanpa perasaan.
Izra hampir menyemburkan kembali air yang dihirupnya. "Apa You tanya?" Izra mengurut dadanya perlahan.
"I tanya, best tak hari ni?" Amir mengulang pertanyaannya. Dia mengengsot sedikit mendekati Izra.
"Menyeksakan adalah!" Izra juling mata ke langit. Menyampah.
"Yeker?" bahu Izra dipaut.
"You memang gatal eh?" Izra berpaling pada Amir dan melurutkan tangan Amir dibahunya.
"Ha'ah." Amir sengih sumbing. Tangannya kembali memeluk bahu Izra.
"Huh." Izra mendengus. Tak faham!
"Jelouse ke?" Amir angkat kening. Jam ditoleh sebentar. Hampir 3 pagi.
"Tak langsung!" Izra dah malas nak melayan kerenah Amir. Tangan Amir dibahunya di biarkan.
"Dah tu?"
"Dah tu apanya?" sekali lagi wajah Amir dipandang, dan seperti biasa pandangannya dilarikan apabila bertemu dengan mata Amir.
"Kan I dah cakap." Amir senyum. Dia perasan mata Izra yang takut untuk melihat matanya.
"Memanglah You tengah bercakap pun sekarang ni." Izra berloyar buruk. Dia tahu apa yang dimaksudkan Amir.
"You mengelat." Amir ketawa.
"Bila masa pulak?" Izra membuntangkan matanya. Ada jugak yang kena terajang dengan aku pagi-pagi buta dengan aku ni karang.
"Tu hah."
"Tak kuasa lah I nak layan You! Sakit jiwa dibuatnya." Izra bangkit dari sofa. Naik atas tidur lagi bagus.
"Jangan haraplah You nak pergi mana-mana selagi I tak habis cakap dengan You." Amir menarik kembali Izra supaya duduk disebelahnya.
"I penat, nak tidur." Izra mengeluh. Dia kembali duduk di sofa apabila tangannya tidak dilepaskan oleh Amir.
"Kejap lagi kita tidur, sekarang ni I nak tahu apa yang ada dalam kepala otak You tentang kita." perlahan suara itu menusuk pendengaran Izra.
"Tak percaya." Izra menjawab sepatah.
"Yang kita dah kahwin?" Amir menyoal.
"Yelah kot." Izra mengangguk.
"Sebab apa pulak? You sendiri dengar yang tok kadi tu yang nikahkan kita kan?" Amir menggenggam tangan Izra.
"Yelah! Tu memanglah I dengar. Tapi cuba bayangkan kalau kawan-kawan You dengan kawan-kawan I tahu yang kita dah kahwin. Diorang pun gerenti tak akan percaya!"Izra bersuara sedikit membentak. Geram apabila Amir seakan-akan buat tidak faham dengan apa yang dimaksudkan.
"Apahal pulak? Kalau diorang tak percaya, tunjuk kan jelah sijil nikah kita!" Amir sengaja buat bodoh. Mahu menguji Izra.
"Argh! Susahnya cakap dengan You!" Izra menghentakkan kusyen di dada Amir.
"Apa pulak susahnya. Bukak mulut keluar suara. Kan senang tu?" Amir sengih dalam hati. Seronok melihat Izra marah-marah.
"Jangan nak mengajar I. Tanpa You ajar pun I dah boleh cakap. You ni kannn." Izra memeluk tubuh. Benci apabila dipermainkan oleh Amir.
"Yelah. Yelah. I faham apa yang you maksudkan. Cuma boleh tak kalau kita terima keadaan kita sekarang ni dengan hati yang terbuka?" Amir mengalah akhirnya. Apabila mengingatkan jam sudah menunjukkan pukul 3.10 pagi dia membatalkan hasratnya untuk mengusik Izra berlebih-lebih.
"Maksud You? I terima You sepenuhnya sebagai suami dan You pun macam tu?" Izra telan liur. Serta merta bayangan wajah Arman muncul dibenaknya.
"Yelah." Amir mengangguk pantas.
"Tak mungkin!" Izra menggumam perlahan.
"Apa pulak?" Amir kerut dahi. Pelik.
"I tak boleh tunaikan apa yang You mintak. Maaf! I takut kalau perkara yang dulu akan berulang." Izra pantas bangun. Dia menggigit bibir. Anak tangga pantas didaki.
"Izra, tunggu!" Amir menarik tangan Izra. Memaksa supaya Izra memandang wajahnya.
"Stop calling me with that name! You know I don't like that name ever." Izra melepaskan keluhan berat.
"Apa masalah You yang sebenarnya? Tak boleh ke kita lupakan segalanya dan bina hidup baru?" Amir memujuk lagi. Sudahlah. Dia dah penat hidup dalam kekesalan macam ni.
"Tak semudah tu. Sudahlah. I dah penat." Izra meleraikan genggaman tangan Amir.
"I lagi penat, menangung segala dosa I pada You."
"You kata dulu, You tak pernah buat salah, jadi mana datangnya dosa You pada I?" Izra menyindir. Kata-kata bisa yang keluar dari mulut Amir dahulu masih berbekas dihatinya.
"Tak boleh ke You lupakan perkara yang dah lepas?" Amir sekali lagi meminta.
"Tak boleh!" Izra menggeleng.
"Sampai bila?" Amir menutup pintu bilik.
"Sampai bila-bila." Izra beri kata putus. Badan dihempas atas katil, dan selimut ditarik hingga ke paras leher.
"You tak boleh buat I macam ni Izra." Amir duduk di atas katil, bersebelahan Izra.
"Kenapa pulak?" Izra angkat kening.
"Sebab I ni suami You!" Amir menarik selimut yang digunakan Izra.
"Jangan hanya sebab You suami I, I nak kena ikut semua yang You cakap. You sendiri yang mencari masalah!" Izra bangun dari baringnya. Dadanya berombak-ombak menahan marah.
"You yang setuju dengan perkahwinan ni. Sebagai lelaki kalau You tak setuju You boleh bantah!" Izra menggumam. Perlahan tapi tegas.
"Jadi?" Izra angkat kening, Makin berombak dadanya mendengar pengakuan dari mulut Amir.
"Jangan cuba nak mengelak dari I! You sendiri tahu apa yang I maksudkan." Izra turut bangun mengekori Amir.
"Argh! Suka hati You lah! Jangan bercakap dengan I lagi. Faham!" Izra menolak Amir yang berdiri di hadapannya. Sakit hati sungguh dengan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya semalam. Dan yang paling menyakitkan hatinya Amir hanya mengangkat bahu dan tersu berlalu ke bilik air tanpa membalas sepatah pun apa yang baru diucapkannya sebentar tadi!
15 minit Amir menghilang di dalam bilik air membuatkan Izra resah sendiri di atas katil Memikirkan apa yang diucapkan amir sebentar tadi. Kalau betullah apa yang didengarnya sebentar tadi, itu maknanya Amir sendiri setuju dengan perkahwinan ini, dan itu telah membuatkan fikiran Izra bertambah sesak. Sarat dengan masalah!
Bunyi pintu bilik air, membuatkan Izra terkedu dan pantas Izra memejamkan matanya. Mujur daripada tadi dia menghadap dinding. Sedaya upaya Izra cuba untuk berlagak tenang, namun akhirnya dia tewas sendiri apabila nafasnya terasa berombak-ombak.
"Good Night !" Amir yang baru naik ke atas katil, mencium dahi Izra dan terus berpaling daripada menghadap Izra. Sebenarnya dia tahu Izra hanya berpura-pura tidur tapi dia mahu menguji wanita itu.
Nafas Izra turun naik. Sumpah dia langsung tak akan lena tidur kalau Amir tidur disebelahnya. Sempit dirasakan ruang yang ada sedangkan masih banyak ruang yang ada di tengah dan tepi mereka berdua. Amir tersenyum. Ungkapan kalimah syahadah meniti dibibirnya dan lantas dia memejamkan matanya untuk melayari mimpi indahnya.
Setelah hampir sejam, bila dirasakan Amir sudah betul-betul lena, Izra baring terlentang menghadap siling. Buntu fikirannya. Kenapa pulak Amir tak peluk dia macam semalam? Sedangkan kalau semalam makin dilarang, makin menjadi nakalnya. Izra mengeluh hampa. Akhirnya tanpa berfikir secara rasional, Izra merapatkan jurang yang ada antara dia dan Amir, perlahan-lahan tangannya diangkat lalu diletakkan atas pinggang suaminya dan akhirnya dia lena !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan