Selasa, 19 Januari 2010

Dan Sebenarnya 13

Baiklahh ! Apa yang tengah berlaku sekarang ni memang sangat menyakitkan hati Izra. Berkali-kali wajah Amir yang sedang memandu dipandang dengan rasa sakit hati. Gunakan Ibu dengan Ayah untuk ajak dia keluar ? Memang idea yang tak rasional langsung ! Hingga membuatkan Izra kena cuci lagi. Haihh. Melampau betul laki aku ni !

"Marah ?" Amir memandang wajah Izra yang masam mencuka.

"Tak ! Sukaa. " Izra menyepetkan matanya. Kalau tak difikirkan Amir sedang membawa kereta tika ini, mahu sahaja dicekik-cekik leher lelaki itu.

"Bagus ! Bolehlah kita jalan lama-lama sikit hari ni." Amir mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Huh !" Izra memalingkan mukanya ke luar tingkap. Bengang dengan statement yang baru dikemukakan.

"Okey ! Jom." Amir mencuit bahu Izra dan membuka tali pinggang keledarnya.

"You ajak orang lain tak boleh ke ?" Izra bertanya setelah mereka berdua berdiri bersebelahan untuk melintas jalan.

"Karang You yang cemburu kang." Amir mencapai pergelangan tangan Izra.

"Buat apa ? Buang masa je !" Izra hanya membiarkan tangan Amir di pergelangan tangannya. Tak kuasa nak bergaduh.

"Dah lah. I hari ni, nak jalan-jalan dengan You. Bukan nak bergaduh. Nanti bila I sibuk nanti kita tak ada masa lagi nak buat benda kejadah ni semua." Amir mengalah. Hari ni demi kesejahteraan mereka berdua dia rela mengalah, tapi tak tahu sampai mana tahap kesabarannya boleh bertahan dengan kelakuan Izra yang terlalu dingin.

"I lapar." Izra memegang perut. Memandang Amir yang sedikit tinggi darinya.

"Bukan You dah makan ke tadi ?" Amir mengerut dahi. Banyak pulak Izra ni makan dua tiga hari ni.

"Tak makan pun. Pandang je tadi. Dah sakit hati." Izra mencebik. Bibirnya diherot ke kanan ke kiri.

"Patutlah pun." Amir menarik tangan Izra ke food court. Jam pun dah tunjuk pukul 12 lebih. Jadi memang padanlah pun Izra kelaparan.

"Eyh, You bukan ada gastrik ke ?" Amir menghirup air Izra sedikit. Izra menjeling.

"Hurmm." gelasnya ditarik dekat dengannya. Mengelak dari dihirup Amir lagi.

"Dah tu ?"

"Dah tu apa ?"

"Yelah. Bukan nanti lambat makan You ..."

"Dah okey sikit. Cuma nanti kalau I sibuk, tak sempat nak makan baru dia datang balik." mee goreng disumbat ke dalam mulutnya.

"Owh." sekali lagi Amir mencapai gelas minuman Izra. Namun belum sempat tangannya diketuk terlebih dahulu oleh Izra.

"I yang bayar kan ?" Amir menjeling, bila melihat Izra diam, dia menarik gelas itu semula.

"Mengungkit !" Izra menggumam. Bungkam di tempat duduknya apabila airnya habis diminum oleh Amir.

"Peduli apa I ? Dah ? Jom jalan-jalan." Amir menyengih. Izra yang kepedasan langsung tak dipedulikan. Izra menjelir lidah pada Amir. Dia bangun mencapai beg tangannya dan terus berlalu tanpa pamitan. Membiarkan Amir terkejar-kejar dari belakang.



**********************************************************



"Nak balik, " Izra mengeluh. Kakinya lenguh. Dari tadi jalan tanpa arah tujuan.



"Baru berapa minit." bahu Izra dipaut.



"You cakap senanglah, You berjalan boleh cuci mata sana sini. I ?"

"Jangan haraplahh. " Amir menyengih.

"Ergh ! Suka betul menyakitkan hati orang lah ! " Izra melepaskan genggaman tangan Amir dan segera berjalan di tempat duduk yang disediakan.

"Dengan You je. " Amir duduk di sebelah Izra. Wajah Izra dipandang sekilas.

"Habis dengan orang lain You main sayang-sayang la ye ?" Izra menggumam, mencari sesuatu di dalam beg tangannya.

"Baru cakap dah cemburu." Amir menjenguk ke dalam beg tangan Izra. Entah benda yang dicarinya, Amir sendiri tak tahu.

"Suka hati You lahh." Izra akhirnya tersenyum apabila melihat PDA nya. Haihh, sayang kau !

"Yang You dari dulu berkepit dengan PDA tu apakehalnye ?" Amir mengerut dahi. Daripada mula-mula kahwin sibuk dengan PDA. Naik meluat Amir melihat.

"Haihh, macam lain je bunyi." Izra sengih. Wajah Amir dipandang sekilas dan tak sampai beberapa saat dia menghadap PDAnya semula.

"Kalau I dapat PDA tu. Jangan haraplah I nak kasi You balik."

"Macam boleh."

"You tengok jelah nanti." Amir sengih jahat.

"Jangan nak mengada-ngada okey ? You sentuh sikit je mati You, I kerjakan !" Izra memberi amaran keras. Segera PDA tersebut diletak kembali di dalam beg tangan. Bukan dia tak kenal Amir. Selalu perpegang dengan kata-kata yang boleh membawa mudarat pada orang lain !

"Nanti I mati, You yang jadi janda." kata-kata Amir membuatkan Izra ketawa kecil, dan seterusnya dia melihat wajah Amir yang begitu serius dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Haha. You ingat I kisah ke ?" Izra tekan perut.

"Oh, You cabar I ke ?" Amir gigit bibir. Izra dah terlalu banyak mencabarnya hari ini.

"You yang tanya macam tu ? So, I iyakan jelah." Izra mengangguk. Melihat wajah Amir yang kemerahan membuatkan dia ingin menghamburkan ketawa sekuat hatinya. Namun bila memikirkan mereka di tempat awam, Izra menyimpan tawanya.

"You balik sorang !" Amir menjarakkan dirinya dari Izra.

"Oh ya ?" Izra ketawa lagi. Melihat Amir yang menjauh darinya. Perangai macam budak-budak. Cakap sikit dah touching !

"I'm serious okay !" Amir membulatkan matanya memandang Izra.

"Haha. Okay. Okay. Kebetulan I memang nak balik pun." Izra angkat tangan tanda menyerah kalah, namun sisa ketawanya masih belum habis.

"I'm not turning back !!" sekali lagi suara keras Amir membuatkan Izra ketawa.

"Oh, like i care ?!" Izra ketawa.

"Okay then ! I make my move now. Haha. Goodluck without your handbag !" Amir yang sakit hati segera bangun dan berlalu meninggalkan Izra yang ketawa tidak henti-henti. Beg tangan Izra digenggam kemas.

"Okay. Tapi apa maksud You tanpa handbag ..." Izra yang baru angkat muka ternganga. Terkedu seketika melihat bayang Amir hilang bersama beg tangannya. Dan kali ini barulah dia terasa wajahnya pula yang merah padam !

Dan Amir mengatur langkah seribu. Padan dengan muka ! Selalu sangat nak sakitkan hati aku kan ? Hah ! Sekarang rasakan. Carilah jalan sendiri nak balik naik apa. Amir menghembuskan keluhan di dalam kereta. Beg tangan Izra diletak di sebelahnya. Seketika dia tersengih. Pasti Izra bengang dengan tindakannya.

Izra segera menyeluk poket seluarnya. Seketika dia mengeluh nafas lega apabila masih ada not 50 di dalam poket seluarnya. Tetapi apabila mengingatkan PDAnya yang ada di dalam beg tangannya, mati terus senyumannya. Macam mana kalau Amir baca ?? Ahhh. Izra buntu sendiri. Segera dia bangun dan mengatur langkah keluar dari Shopping Complex tersebut. Melilau-lilau matanya mencari kereta di parking lot, dan ! Alhamdulillah, kereta Amir masih disitu.

Amir menggelabah apabila Izra berlari menuju ke keretanya. Beg tangan Izra dipandang. Pasti kerana PDA dia ! Ahh, jangan haraplahh. Amir terus mengundurkan keretanya dan berlalu dari situ. Izra terpempan ! Kurang ajar ! Dan, serentak itu guruh berdentum dan hujan mencurah turun ...

Tiada ulasan: