Ahad, 10 Januari 2010

Dan Sebenarnya 12

Izra menolak keras kepala Amir yang singgah diatas pehanya. Sakit hatinya pada lelaki itu masih bersisa. Sekilas Izra mengalih pandangannya pada Amir. Wajah itu daripada tadi tidak berhenti menyengih. Naik menyampah Izra melihat. Terasa mahu dihempuk sahaja kepala Amir yang sedang enak beralaskan pehanya dengan majalah yang sedang dipegang.

"Boleh tepi sikit tak ?" Izra menolak kembali kepala Amir. Amir buat bodoh, langsung tidak mempedulikan permintaan Izra. Kepalanya makin dikeraskan pada peha Izra.

"Beratlahh !" Izra tutup majalah dan melihat wajah Amir yang hampir dengannya.

"Amir." Izra mengetap bibir, geram apabila Amir hanya buat bodoh dan memandangnya dengan mata yang sengaja dikedip-kedipkan.

"Bangunlahh !" dengan kasar dia menarik rambut Amir dan tindakannya membuatkan Amir tersentak lalu bangun. Terkebil-kebil Amir seketika. Izra senyum sinis. Cepat-cepat dia duduk bersila.

"Tak betul la otak You ni !" Izra ketawa kecil lalu mencapai majalah yang diletak disisinya sebentar tadi.


"Kita keluar nak tak ??" Amir bersuara tiba-tiba. Mengusulkan cadangan yang langsung tiada kaitan dengan apa yang baru diucapkan.


"Dengan You ?" Izra bertanya selamba, masih menatap majalah.


"Dah tu ?" Amir kembali baring di atas peha Izra. Izra mendengus kecil.


"Tak mahu." Izra membantah serta merta. Amir kerut dahi.


"Asal pulak ?"


"You suruhlah I pergi mana-mana pun dengan sesiapa pun, I akan pergi. Tapi kalau dengan You ? I takkan." Izra sengih bongkak. Amir mengerut dahi.


"You cakap macam banyak pulak laki You." Amir gigit bibir.


"I tak cakap pulak I banyak laki." Izra memangkah.


"Jomlah keluar. Bosan..." Amir merengek. Entah macam mana lagi dia harus memujuk Izra. Dia benar-benar bosan duduk di rumah. Nak ajak Black lepak, harapanlahh. Kerja 24/7 hari je mamat tu.


"Tak apalah, terima kasih je." Izra menutup majalah dan menolak kepala Amir lalu bangun dari sofa.


"Nak pergi mana ?" tangan Izra digapai.


"Minum airlahh. Itu pun nak tanya ke ? Bukan hilang pun." Izra menyindir.


"Nak ikut jugak." Amir sengih dan ikut bangun. Tangan Izra dihayun ke depan ke belakang. Izra memandang dengan pelik. Demam ke dia ni ??


"Najwa mana ??" Izra bertanya sepatah. mencapai mug dengan tangan kiri.


"Keluar dengan kawan dia kot." Amir angkat bahu.


"Ibu? Ayah ?" tanya Izra lagi. Dah nak pukul 10 malam pun masing-masing tak tahu nak balik rumah ke ??



"Biasalah, dating. Cuma kita dua je yang duduk terperuk dalam rumah ni." Amir buat muka protes.

"Biarlah diorang, sebok je. You tu kalau dah bosan pergilah kerja ! Apa yang susah sangat ?" Izra meneguk air yang dituang ke dalam mugnya.

"Nanti bila I dah mula kerja, tak ada masa untuk You nanti, bising pulak !" Amir dengan selamba mencapai mug yang ada di tangan Izra lalu meneguknya. Izra ketap bibir.

"Mug You kan ada !" Izra merampas kembali mug dari tangan Amir.

"Salah ke nak berkongsi ?" tanya Amir tanpa riak bersalah.

"Huh." Izra berlalu ke singki. Malas mahu melayan. Penat dengan kerenah Amir yang semakin menjadi-jadi. Sepintas lalu, kejadian di petang tadi kembali mengimbas di ruang ingatannya.

"Letak je syampu tu kat luar, Najwa ! Nanti akak ambil." Izra terkocoh-kocoh mencapai
tuala yang disangkut di tempat tuala yang terdapat di dalam bilik air bila bunyi ketukan di pintu bilik air semakin kuat.

"Yang degil sangat ni kenapa ? Akak kan dah kata ..."

"Hai !" Amir menyengih. Wajah panik Izra dipandang dengan selamba dia mengucup pipi wanita itu yang wajahnya terjengul di sebalik pintu bilik air.

"You nak apa ?" Izra sedaya upaya menahan pintu yang sudah separuh terbuka dari dibolosi Amir.

"Tak ada apa." Amir buat riak selamba. Dia memijakkan kaki kirinya ke atas lantai bilik air.

Izra yang menyedari segera menahan Amir dengan tangannya. "I nak mandilahh."

"Dah tu ? Mandi je lahh. Bukan I kacau pun." Amir tersengih. Badan Izra yang hanya ditutup dari paras dada ke lutut dipandang sekilas. Cuba menahan rasa hati.

"Memang You kacau pun, I tengah nak mandi yang You sibuk nak masuk bilik air apahal ?" Izra memprotes apabila dia gagal menahan pintu tersebut dan akibatnya Amir telah pun masuk ke dalam bilik air.

"Taklah, mana ada I kacau You." Amir senyum. Pintu bilik air ditutup lalu dikunci perlahan. Dan Izra automatik ke belakang apabila batang tubuh Amir semakin hampir.

"You, jangan nak mengada-ngada !" Izra memberi amaran keras. Tapak tangannya mendarat pada dada Amir menghalang pergerakan lelaki itu yang kian hampir padanya.

"I cuma nakk ..." Amir merapatkan wajahnya dengan wajah Izra. Seketika hati Izra bagaikan dipalu. Berdebar-debar bukan kepalang. Matanya dipejam rapat.

"Akak !!" suara Najwa di luar pintu bilik air mengejutkan mereka berdua.

'Ah ! Bagus sangatlah tu !' Amir gigit bibir. Najwa ni mengacau betul !

'Huh, nak apalah minah tu ?' tanpa sedar Izra mengeluh kerana gangguan Najwa.

"Hei ! Jawablah, Najwa panggil !" Amir mencuit lembut bahu Izra.

"Haihh !" Izra dengan malas, membuka pintu sedikit dan menunjukkan mukanya.

"Hah ! Akak, Abang Amir mana ??" tanya Najwa selamba. Tersengih-sengih.

"Kau ni, macamlah akak tahu pulak ! Akak dari tadi dalam bilik air kan ?" Izra menjawab dengan nada tinggi.

"Haih? Marah ?! Ke ..??" Najwa tersengih dengan persoalannya sendiri, sedikit meninjau-ninjau ke dalam bilik air mencari kelibat Amir.

"Najwa dah gila ke apa ?! Suka hati je, cuci otak tu karang baru tau. Dah ! Pergi sana, orang nak shampu rambut ni." Izra menolak Najwa dengan sebelah tangannya. Najwa tergelak kecil.

"Najwa dah cukup besar lah kakak !" jerit Najwa sebelum menutup pintu bilik kakaknya.

"Huh !" Nafas dilepaskan dengan lega. Izra menutup pintu bilik air semula dan berpusing menghadap Amir.

"Dia nak apa ?" Amir mendekati.

"Entah !" Izra angkat bahu. Mata dipejam rapat, nafas yang hilang cuba dicari kembali.

"Aaaa!" Izra terjerit kecil apabila pinggangnya dirangkul.

"Gila ke ?!" Izra mengetuk kepala Amir dengan tangannya. Geram dengan tindakan lelaki itu. Tangannya memegang simpulan ikatan tuala. Takut terlucut. Mulutnya pula tidak berhenti-henti menyuruh Amir melepaskannya.

"I miss You !" tanpa mempedulikan rungutan Izra, bibirnya terus memagut bibir Izra dan Izra hanya melopong dengan tindakan drastik Amir.

"Hah ! Berangan !" Amir menepuk bahu Izra lembut. Dari tadi dia memerhatikan Izra yang mengelamun di singki dapur.

"Ehh, suka hati je !" Izra terkedu. Mug yang baru dibasuh dilap kemudian diletak ke tempat asalnya.

"You berangan pasal tadi eh ?" Amir senyum mengusik, bukan dia tidak perasankan sengihan Izra yang melebar tadi.

"Perasan ! Lain kali, kalau You buat macam tu, siaplahh !" Izra memberikan amaran. Langkah kakinya menuju ke tangga.

"Sebelum You buat I, I buat You dulu." bahu Izra dipaut. Izra merengus dan kemudiannya menepis tangan Amir dibahunya.

"Heh, lain kali jangan haraplahh." Izra duduk di atas katil, manakala Amir menuju ke meja belajar Izra suatu ketika dahulu.

"Haha, kita tengok jelah nanti." Amir sengih sumbing pada Izra.

"Tak kuasa layan You ! Nak tidur, tutup lampu." Izra menghempas badannya ke katil, mencuba menutup mata tanpa Amir yang baring disebelahnya.

"You boleh lena ke ?" Amir bertanya dalam nada mengusik. Langkah diatur menuju ke suis lampu bilik.

"Senyaplahh !" Izra menutup mukanya dengan selimut. Bodoh punya soalan. Buat malu aku je.

"Elleh ! Sombong. Nanti diam-diam ..."

"Kalau You tak berhenti, You tidur kat luar !" Izra menolak kasar selimutnya, cuba menutup malu.

"Macam berani halau I, nanti You jugak yang kena berus dengan Ibu." Amir berbaring di sebelah Izra.

"You ni kann ...! " Izra mencapai bantal di kepalanya dan memukul Amir sepuas hatinya namun reaksi Amir sangat menyakitkan hatinya.

"Haha, dahla tu. Bukan sakit pun. Baik You tidur, ada baiknya jugak." Amir mengambil bantal yang ditangan Izra dan kemudian meletakkan kembali di kepala Izra. Sengihan masih tak hilang di bibirnya.

"Huh !" Izra baring semula tetapi menghadap ke arah yang bertentangan dengan Amir. Sakit benar hatinya. Mata dipejamkan cuba untuk lena. Namun ...

"Haihh, tak dapat tidur ya sayang ?" suara Amir yang hampir di mukanya membuatkan Izra membuka mata dengan pantas. Kurang asam ! Dari tadi dia tengok muka aku ? Ciss !

"You ni ..." Izra yang mahu bangkit dari baring dan melepaskan geramnya pada Amir terbantut apabila Amir segera memeluk pinggangnya menghalang perbuatannya..

"Syhh. Dah lewat ni. Jom tidur." Amir meletakkan kepalanya di bantal Izra. Kemudian dia menarik Izra ketengah. Izra terdiam seribu bahasa. Haihh, mengapa susah, bila tiba soal hati ?

"Lain kali, siaplah You !" sekali lagi amaran dikeluarkan.

"Rasanya dah banyak kali I dengar tapi You kalah jugak akhirnya." hilang sengihan Amir apabila tangannya diketip dengan jari Izra. Dan sebagai balasan untuk melepaskan rasa geramnya, Amir menggigit telinga Izra. Spontan, Izra menjerit kesakitan, dan Amir terkekeh-kekeh ketawa.

Tiada ulasan: