"Wahh..Cincin tu muat la dengan jari you." bicara orang cina dihadapan Izra yang mengikut loghatnya membuatkan Amir tersenyum.
"Yeker? Saya rasa longgar je." Izra mencebik pada Amir dan ralit memerhatikan cincin ditangannya. Lawa.
"Dia buat lawak la, amoy!" Amir ketawa paksa. Sekadar menyelamatkan keadaan apabila melihat muka orang cina yang dikenali sebagai Mika berubah wajahnya.
"Bila pulak I buat lawak. You ke yang pilih cincin ni?" Izra menyoal dengan riak wajah yang agak keliru.
Secepat kilat Amir mengangguk. "Kenapa? Lawa kan?" Amir tersengih.
Izra angkat bahu. "Patutlah." dan Amir mencebik.
"Okeylah Mika, kitorang balik dululah. Karang lama-lama tak elok pulak kan?" akhirnya Amir meminta diri. Cincin itu kembali dimasukkan di dalam kotak.
"Terima kasih." Izra menyambut huluran Mika sebelum sempat Amir mengambilnya.
"Sama-sama." senyuman manis diberikan pada Izra. Dan Amir pantas menarik tangan Izra keluar dari kedai tersebut.
"Sekarang, kita makan." Amir buat keputusan dan itu membuatkan Izra semakin bengang.
"Kenapa pulak? Eihh.. tak mahulah I. Mak Ngah dah masak dah dekat rumah." Izra cepat-cepat menukar hala tujunya ke kiri apabila sedar langkah mereka sekarang menuju ke Food Court.
"Bila I kata makan sekarang, sekarangla jawabnya!" lengan Izra dicengkam.
"Eh! Sakitlah! Belum apa-apa lagi dah nak mengarah orang." Izra mencapai tangan Amir dan memukulnya dengan beg tangan.
"Sebab tak ada apa-apa lagila you kena belajar hormatkan I. Kalau tak nanti makin menjadi perangai you!" cengkaman dilepaskan dan wajah Izra ditatap dengan sepuas hati.
"Jangan pandang I macam you nak telan I." Izra memberi amaran.
"Peduli apa I. Mata I ke mata you?" Amir memulangkan paku buah keras dan segera berlalu menuju ke Food Court meninggalkan IZra termangu sendiri di situ.
"Arggh!" Izra mendengus kuat sebelum menuruti langkah Amir.
"Lain kali I dah tak mahu keluar dengan you. Faham?!" Izra segera membuka mulutnya apabila Amir tiba di tempat duduk dengan makanannya.
"You tak nak makan?" Amir sama sekali tidak mempedulikan pernyataan Izra.
"I kata I takkan keluar dengan you lagi. Faham?" Izra mengulang ayatnya sebentar tadi.
"Okey, nanti balik rumah jangan menyesal." Amir memberi amaran sambil tersenyum sinis.
"Mak Ngah dah masak lah!" Izra menongkat dagu dan hanya melihat asap yang berkepul-kepul keluar dari mangkuk Claypot Amir.
"You dah tanya ke?" Amir bertanya lagi.
"You sibuk apa? Semua hal orang nak ambil tahu!" Izra menjulingkan matanya kelangit dan malas mendengar pertanyaan Amir lagi.
"Lantak you la. Jangan nanti kata I tak ajak. Kalau lapar jangan sibuk cari I." Amir meniup-niup yee mee yang panas sebelum dimasukkan kedalam mulutnya.
"Tak heran. I ada keretalah bukannya tak ada." Izra mencebik lagi. Menyampah mendengar kata-kata Amir yang melayannya macam dia tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri.
"Bukan tayar kereta you pancit?"
"Bukan urusan you! Cepatlah makan. I nak balik." Izra menggesa.
"Belum apa-apa dah arah-arah orang." ouuch! Muka Izra memerah tahan malu.
"Just shut your mouth! Main sindir-sindir pulak!" Izra gigit bibir.
"Tau pun sakit hati kan?"
"Senyap boleh tak?"
"Kalau I tak nak?"
"I balik sendiri."
"You? Pandai ke naik teksi?" Amir senyum mengejek.
"You ingat I ni Hana ke?" Izra menjeling pada Amir dan reaksi lelaki itu jelas ketara seperti ingin menelannya.
"What?! I cakap yang betul apa!" Izra peluk tubuh. Cuba untuk berlagak tenang.
"Kenapa mesti ungit cerita lama?" Amir menghirup air. Meredakan hati yang terasa bahang.
"Kenapa mesti you menghantui I?"
"What do you mean by 'menghantui'?"
"Ahh.. Tak kuasa lah nak cakap dengan you. Cepatlah."
"You kata you bukan Hana. So, apa kata you balik naik teksi?" Amir mengusulkan semula cadangan yang diberikan Izra sebentar tadi.
"What?!" Izra hampir menjerit.
"Apasal pulak? Betul apa! " Amir bangun meninggalkan Izra bersendirian yang terkedu dengan tindakannya.
"Okay! Lain kali jangan bawa I keluar dah!!" tanpa sedar Izra memekik dan semua pengunjung menoleh ke arah mereka berdua. Yang lebih menyakitkan hati Amir terus berlalu tanpa menoleh langsung ke arahnya.
"Urgh!"Izra pantas berlalu dari situ dengan hati yang panas.
**********************************************************
Hampir sepuluh minit menanti di bus stop, Izra mengeluh. Setakat ni satu teksi pun tak lalu lagi. Jam ditangan pula dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Perut pulak dah buat muzik rock. Nasib malang apalah yang menimpa aku ni?? Izra membebel sendirian.
"Kalau la aku makan tadi mesti aku tak lapar. Menyesal pulak. Nak patah balik, rasa malas. Kang terlepas teksi balik pukul berapa pulak." Izra menggaru kepala yang tak gatal. Bingung.
"Arghh..Malaslah! Tunggu jelah dekat sini." Izra buat kata putus. Walaupun tak jauh tapi dia tetap malas. Dia bangun daripada bangku yang disediakan di situ. meninjau-ninjau.
"Aaaa..!" Izra mengurut dadanya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat kelibat Amir di belakangnya apabila dia menoleh.
"Dah habis membebel sorang-sorang?" Amir menyindir.
"Dah berapa lama you dekat sini?" Izra memandang wajah Amir tapi pantas melarikan pandangannya apabila Amir memandang kearahnya semula.
"Berapa lama you duduk dekat sini?" soal Amir semula.
"Dalam 20 minit."
"Dah 15 minit I dekat sini."
"Asal you tak balik lagi?" Izra bertanya dalam keadaan tenang. Dia kembali duduk di bangku di yang disediakan.
"Takkan nak tinggalkan you dekat sini." Amir turut duduk disebelah Izra.
"Apa masalahnya?" Izra angkat kening.
"I nak kena jawab apa pada Ibu nanti?" Amir bertanya pada Izra.
Izra mengeluh. Sedikit kecewa dengan jawapan itu. "I penat, tak larat nak bergaduh!" Izra menanggalkan cermin matanya dan matanya diurut perlahan.
"Jom, balik." Amir mengajak. Tangan dihulurkan pada Izra.
"Jangan harap la." tangan Amir ditepis dan dia bangun dan berjalan mendahului Amir.
"One day, I akan dapat jugak." ujar Amir sedikit menjerit.
"Dalam mimpi!" sahut Izra dan Amir ketawa senang. Akhirnya beralah jugak minah ni! Syukur!
Amir menyapu kedua belah tapak tangannya ke muka.
"Amir! Cepatlah!!" Izra yang dah sampi dikereta menjerit pada Amir yang masih berjalan lenggang lenggok seperti Mak Bedah jual lepat di keliling kampung.
**********************************************************
"Eih. You memang suka buat orang terkejut eh?" Izra bertanya ketika mereka sudah hampir sampai ke destinasi.
"You pulak memang suka membebel sorang ke?" Amir bertanya semula.
"Jangan jawab soalan I dengan soalan you balik!" Izra cuba menanamkan kesabaran dalam hati. Menghadapi kerenah Amir boleh jadi gila.
"Janganlah marah." Amir ketawa kecil.
"Sewel." Izra menggumam sendiri. Amir hanya membiarkan Izra mengatanya. Dia sendiri dah penat nak bergaduh.
"You lapar kan?" Amir bertanya saat kereta betul-betul berhenti di hadapan restoran.
"You dengar jugak ke semua yang I cakap tadi?" Izra mengangkat kening.
Amir sekadar mengangkat bahu bagi menjawab soalan Izra. "Jomlah. Dah lewat ni." Amir keluar dari kereta.
Nak tak nak, Izra terpaksa menurut kerana perutnya sendiri dah mengeluarkan bunyi yang tak disenangi.
"Lain kali, tolong jangan degil." Amir berbisik perlahan pada Izra.
"You, memang dekat kedai makan suka cari gaduh eh?" Izra bertanya sambil memandang tepat anak mata Amir.
"I cakap je la! You ni..." Amir ketawa kecil.
"Shut up!"
"Kenapa dari dulu you tak berani nak pandang mata I?" soalan yang diajukan membuatkan IZra berhenti menyuap nasi goreng ke mulutnya.
"Siapa kata?" Izra menghirup air untuk menghilangkan rasa gugupnya.
"Tak. I yang perasan." Amir turut menghirup minumannya.
"Kalau macam tu, you patut ubah perangai you yang cepat perasan tu." Izra menghabiskan suapan terakhirnya.
"Tak mengaku konon!" Amir berpeluk tubuh.
"Memang betul pun."
"Mengaku je lah."
"Nak mengaku apanya?!" Izra membetulkan tudungnya.
"Yang you...."
"Oh! No way!" Izra menggelengkan kepalanya.
"See? Memang betul pun."
"Tak lah!" Izra membantah sekeras-kerasnya apa yang dikatakan Amir.
"Yes! You are."
"No!"
"Oh..come on. Tell me the truth!" Amir menggesa.
"No. I'm not. Okey?!"
"Okey, tak apa. You tak nak mengaku sekarang, tak apa. Kita ada banyak masa lagi." Amir sengih sumbing.
"I takkan mengaku apa-apa pun pada you." Izra bangkit dari kerusi. Berjalan tanpa menghiraukan Amir.
"Satu hari nanti!" Amir menjerit dari arah belakang.
"Ye! Hanya dalam mimpi!" Izra menyambung sebelum sempat Amir menyudahkan kata-katanya.
"Tak mungkin." Amir menggeleng.
"Iya, mungkin." Izra menyanggah kata-kata Amir.
"Betting?!" Amir menghulurkan jari kelingkingnya pada Izra selepas menghidupkan enjin kereta.
"Dosalah." Izra mencebik.
"Dosa apanya? Bukan bertaruh wang pun." Amir menghulur lagi.
"Kita bertaruh apa?"
"Kalau I betul yang you takut tengok mata I sebab you suka mata I dan you takut cair. You akan bagi kiss pada I setiap hari." Amir mencabar. Pintu kereta dikunci.
"Kalau tak?" Izra bertanya dengan serba salah.
"Kalau tak, I pulak yang akan bagi kiss pada you setiap hari." Amir tersenyum dengan cadangannya.
"Ehh! Mana boleh! Dua-dua untungnya pada you!" Izra membantah. Amir tersengih. Helahnya tak menjadi.
"Okey. Kalau macam tu, apa yang you nak?" Amir melepaskan handbreak dan kereta mula berjalan.
"Bagi I percutian dekat Venice, boleh?" Izra tersenyum simpul.
"Venice?" Amir angkat kening.
"Ya!" Izra mengangguk pantas.
"Berapa hari?"
"2 minggu?"
"What?!" mata Amir terbeliak. Dia ni ingat duit tu daun ke? Boleh petik-petik?
"Take it or leave it." Izra beri kata putus. Jari kelingkingnya disuakan.
Amir memandang Izra dengan perasaan yang ragu-ragu.
"Kenapa you nak sangat pergi sana?"
"Sebab,.. entah!" Izra sengih-sengih.
"Kenapa? Takut ke?" Izra ketawa apabila Amir senyap.
"Tak langsung." Amir mengherotkan bibirnya.
"Okey, kalau macam tu...."
"DEAL!!" dan jari kelingking mereka bertaut dan masing-masing tersenyum dengan agenda tersendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan