Ahad, 29 November 2009

Dan Sebenarnya 3

"You nak semua orang tahu ke yang kita berdua ni bergaduh?" Amir mengeluh di sebalik talian.Kali ini dia betul-betul rasa hilang sabar dengan sikap Izra.

"Siapa yang nak kahwin dengan siapa? I tanya you, dan you sepatutnya jawab soalan I!" Izra kembali memekik di talian. Mujur juga dia jauh dari ahli keluarga yang lain. Semalam Kak Lina dah kelentong. Hari ni? Ahhh.

"Kenapa I perlu jawab soalan tu kalau you sendiri pun tak jawab soalan I? Dan siapa you pada I untuk I jawab soalan tu?" sinis bicara Amir, tahap kesabarannya dah tak boleh diukur. makin lama makin berkurang. Ingatkan sikap Izra bertambah elok bila tamat zaman persekolahan tapi nyata sangkaannya meleset sama sekali.

"Buat apa I nak jawab soalan you yang bodoh tu? Of course I did not love you anymore! Are you out of your mind?!" Izra menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan hatinya. Sekarang belum kahwin lagi kesabaran dah banyak terhakis, kalau dah kahwin nanti?

"Oke. Bukan I yang nak kan perkahwinan ni. tapi Mak I! dan bakal mak mentua you jugak!" sindir Amir bagi menyedarkan IZra hakikat yang sedang mereka berdua hadapi.

"I nak kita duduk asing-asing!" putus Izra. Nak halang perkahwinan ni pun hanya tinggal 4 hari je lagi. Mana sempat. Kad Undangan dah diedarkan pada rakan-rakan sepejabat. Dan tak lupa jugak pada orang kampung.

"What?! Oke. Sekarang bukan I yang gila tapi you. No! I tak akan benarkan. Bilik asing boleh!" terkejut beruk Amir mendengar permintaan Izra.

"You tak boleh buat I macam ni. You tahu dari dulu kita asyik nak bergaduh je. So..."

"Kita cuba boleh tak?" Amir segera memintas kata-kata Izra. Penat pulak mendengar bakal isterinya membebel.

"Mana datangnya pulak kesabaran you nak hadapi kelakuan I?" soalan sinis itu diajukan pada Amir. Dan Amir disebalik talian merengus.

"You siap sekarang. I ambil you. Kita pergi ambil cincin!" putus Amir. Izra terkedu.

"No way! You nak, you ambil you punya, I ambil I punya!" Izra masih mahu berbalah.

"You gila ke? Apa pulak kata orang tu nanti. Bakal pengantin ambil cincin asing-asing. Ouh. Tolonglah." Amir mengetuk dahi dengan tangan. Macam mana lagi dia nak pujuk wanita ini?

"I takkan ikut you! Itu keputusan I."

"Yes you are!"

"No! I don't!" Izra dah hampir kehilangan suara memekik pada Amir.

"Sampai bila you nak lari dari I? Tak sampai 4 hari je pun you akan tinggal serumah dengan I. hum?" Amir buat suara gatal dan IZra telan liur. Gila! Duduk serumah dengan dia. Siot! Ni doa kawan-kawan aku la ni dulu! Aissehh! Izra tepuk dahi.

"So.." Amir bersuara bagi menghentikan lamunan Izra.

"Keputusan muktamad! TAK!" Izra gigit bibir.

"You better siap sekarang. I akan sampai di rumah Mak Ngah dalam masa setengah jam je lagi." Amir mendesak.

"Huh. You datanglah. I kisah apa? I takkan keluar bilik. Bueerrkk!" dan serentak itu handphonenya dimatikan.

"Izra, " Amir mengeluh apabila Izra mematikan telefonnya. Sewel betullah minah ni! Dari dulu tak habis-habis ego. Amir menggeleng-gelengkan kepalanya.

**********************************************************

"Akak, Abang Amir datang." Najwa menegtuk pintu bilik yang dihuni kakaknya. IZra mengeluh. Melihat pada jam didinding.

Lelaki itu menepati masa. Izra mengeluh lagi. Macam mana dia nak hapuskan segalanya tentang Amir?

"Akak," Najwa mengetuk pintu bilik. Dah hampir 5 minit mengetuk pintu bilik masih lagi tiada jawapan dan itu sedikit sebanyak membuatkan dia naik angin.

Di dalam Izra ligat memikirkan cara untuk tidak keluar bersama dengan Amir. Dia ligat kehulur-hilir engan mengetuk dagunya sambil berfikir.

"Akak! I warn you. Please, open the door!" Najwa bersuara keras.

Dan serentak itu juga Izra tersenyum lebar sambil mendongak memandang tingkap. Yes! IZra sengih jahat. Tudung di ampaian segera dicapai dan..

"Akak!" dan serentak itu pintu dibuka dan....

"Akak?" Najwa memanggil lagi dan memeriksa di seluruh bilik namun yang nyata kakaknya tiada di bilik.

"Kenapa Najwa?" Amir menghampiri Najwa dan mengangkat keningnya.

"Akak, tak ada dalam bilik tapi tadi...." Najwa keliru sendiri. Setahunya baru tadi dia melihat IZra masuk ke dalam bilik sambil membebel-bebel.

"Tadi apa?" Amir pantas bertanya. Bimbang juga Izra lari sebelum majlis mereka.

"Jangan risau, Najwa yakin kakak tak lari. Sebab baju dia ada lagi." Najwa menepuk bahu Amir sambil tersengih. Dia bagaikan dapat membaca apa yang sedang difikirkan oleh Amir.

"Oh.." Amir menghela nafas lega, dan tersenyum malu pada Najwa.

"Tapi mana kakak pergi ek?" Najwa mengerut dahi semula dan dia sendiri pelik.

"Abang rasa.......Abang tahu...." Amir tersenyum sumbing sambil memandnag ke arah tingkap.

"Tahu apa?"

"Kak Izra.."

"Mana?"

"Tu!" Amir menunjukkan jari telunjuknya ke arah tingkap dan Najwa ternganga.

"Marah dia abang!" Najwa gigit bibir dan pantas berlalu dari situ dengan hati yang geram. Buat penat dia ketuk pintu. Naik kematu tangannya.

"Okey. Serahkan je pada Abang!" Amir membuat 'ok' pada Najwa dan dia segera ke luar rumah.

**********************************************************

"Ahhh..Tenang hidup aku!" Izra tersengih sendiri. Akhirnya dapat jugak larikan diri dari mamat tak faham bahasa tu.

"Selalu sangat menyakitkan hati aku. Sengal! Kalau ya pun ajak la baik-baik ke apa ke! Ni tak. Siap sekarang. I ambil you. Kita pergi ambil cincin." cebik Izra sambil meniru gaya percakapan Amir walaupun sebenarnya dia sendiri tak tahu bagaimana rupa Amir ketika itu.

"Kan bagus. Kalau tiap-tiap hari macam ni." Izra tarik nafas. Air sungai yang mengalir di kakinya dibiarkan. Terasa tenang begitu.

Izra memejamkan matanya sebentar. Batu besar yang ada dibelakangnya dijadikan tempat bersandar. Beberapa detik dia rasa tenang sehinggalah....

"Arghhh!" Izra membuka mata. Air yang dipercik ke mukanya dilap dengan hujung baju t-shirtnya.

"Dah habis menghayati keindahan alam? Jom balik!" Amir sengih sumbing pada Izra.

Izra membuntangkan matanya. "Tak nak!"

"Jomlah. Cincin tak ambil lagi kan?" Izra menelan liur mendengar suara Amir. Sekilas keadaan di sekeliling diperhatinya. Senyap dan sunyi! Seberang sugai hutan. Dan di sini tempat dia berdiri boleh dikatakan semak samun.

"Ta..Tak Nak!" Izra tetap membantah. Suaranya sedikit terketar-ketar memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

"Sampai bila nak macam ni?" Amir mengeluh. Dia berdiri dihadapan Izra.

"Sampai bila-bila." ayat standard itu juga yang keluar dari mulut Izra. Sebenarnya dia sudah pun merasakan kesejukan di seluruh tubuh badannya.

"Jomlah. Semua orang dah tanya you dekat mana. Karang diorang terjumpa kita dekat sini lagi teruk. siap-siap malam ni nikah." Amir tersengih. Suka dengan ayat yang baru diucapkannya.

"Gila!" tanpa mempedulikan Amir, Izra terus melangkah meninggalkan Amir sendirian. Amir senyum puas. Tahu pun takut!

"Tapi, I takkan ikut you!" sempat lagi IZra berpaling ke belakang.

"You kena jugak. Kalau tak Ibu akan marah." Amir turut melangkah dibelakang Izra. semak samun diredah dengan penuh hati-hati.

"Peduli apa I. You yang cari masalah." Izra masih lagi tidak berpuas hati.

"Bukan I yang nak kahwin dengan you, Izra." Amir berbohong. Sebenarnya kerana cabarab Black kepadanya dia turut ingin mengahwini wanita dihadapannya ini. Dan tanpa perlu berbuat apa-apa tiba-tiba rezeki datang bergolek.

"Suka hati you lah! Malas nak bercakap dengan you!" Izra mendengus. Malas dan penat untuk bertelagah.

"Jalan hati-hati sikit boleh tak? Batu tu licin la." Amir memberi amaran.

"You punya kaki ke I yang punya kaki?" IZra berpaling ke belakang dan melihat Amir dnegan wajahnya yang kemerahan.

"You." jawab Amir sepatah tanpa perasaan.

"Tahu pun." Izra senyum dan memulakan semula perjalanan dan tak semena-mena entah macam mana dia tergelincir.

"Kan I dah bagitau tadi?" Amir sengih sumbing. Tangan Izra yang sempat dicapai digenggam kemas.

"Urgh!!" Izra mendengus dan merentap tangannya. Bengang kerana Amir menang lagi! Tanpa mempedulikan Amir dia mempercepatkan langkahnya.

"Okey! Bersiap sekarang I tunggu dekat luar." Amir masih lagi menyimpan senuym simpulnya.

"Stop smilling like that!" Izra memberi amaran.

"Okey! Pergilah bersiap sekarang." Amir menutup senyumannya dengan wajah yang dibuat-buat serius.

"Kalau I tak mahu ikut?" Sudah sampai anak tangga Izra bertanya.

"You tahu apa padahnya!" Amir angkat bahu dan sekali lagi Izra bengang dan anak tangga pantas didaki

Dan pada waktu itu Amir tersenyum puas. Sepuas hatinya.

Tiada ulasan: