Amir diam. Entah macam mana lagi cara dia mahu berbaik dengan Izra. Mati akal sungguh. Ni mesti gara-gara dia menegur perihal Arman tempoh hari. Izra makin lama makin dingin. Balik juga selepas jam menunjukkan pukul lapan malam. Dek kerana faham dengan situasi maka, dia biarkan sahaja. Dia cuma boleh berdoa, supaya tiada apa yang buruk akan berlaku.
"Kalau I nak jugak. Macam mana ?" Amir angkat kening. Dia pandang Izra dari tepi yang sedang leka tersengih memandang dada langit yang tiada satu pun bintang. Entah fikirkan apa, dia juga tidak tahu.
Izra angkat bahu. Malas melayan. Asalnya ingin tenangkan diri dan menunggu Najwa pulang. Tapi entah macam mana Amir terjumpa dia disini. Dan sudah hampir sejam setengah mereka duduk di tempat yang sama tapi tiada tanda-tanda perang akan meletus. "Janganlah macam ni." Amir mencapai tangan Izra. Cuba memujuk Izra.
"Jangan macam ni macam apa ?" Izra pandang Amir. Dia pelik. Tiba-tiba je, jangan macam ni. Apa yang macam ni nya ?
Amir garu kepala. "Janganlah duduk termenung. Kan tak elok." Izra tersengih. Terasa mahu disindirnya Amir. Tapi otaknya kata jangan, "Sejak bila ambil berat ni ?" Izra ketawa. Lain yang mahu ditanya lain pula yang keluar.
"Sejak dulu lagi." Amir kembali paut bahu Izra. "Eh ? Bukan dulu dengan Hanan ke ?" Izra sengih lagi. Dia alihkan pandangan. Merobek luka sendiri, itu yang sesuai dengan apa yang baru saja diluahkannya.
Amir diam. Dia dapat rasa ketegangan pada suara itu biarpun bibir Izra melebar menyengih. "Tak payahlah ungkit lagi. Sekarang ni, kita dua je. Kita mula yang baru boleh ?" perlahan dia berbisik di telinga Izra.
"Entah. Jauh-jauh sikit boleh tak ?" bahu diangkat, dan kepalanya ditoleh menghadap Amir, menyuruh Amir menjauhkan dirinya sedikit. Amir menggeleng.
"Cukup-cukuplah tu sayang. Kita dah jauh lama dah. Sekarang ni tak ada sebab dah kita nak menjauh. Sampai bila nak keras kepala macam ni ?" Amir mengeluh. Rambut Izra diusap perlahan.
Izra mendengus. Cukup tak suka dirinya dikatakan keras kepala. Dasar lelaki. Kalau dulu dihinanya sesuka hati, sekarang tiba-tiba dok suruh lupakan semuanya. Banyak buruk muka ? "You ni tak ada hati eh ?" selamba tangan Amir ditepis lagi.
Mana boleh dibiarkan belaian Amir begitu sahaja, silap-silap dia juga yang kalah. "Apa maksud You ?"
Izra ketawa kecil. "Apa yang kelakarnya ?" Amir menyoal kembali. Izra diam. Dia paling pada Amir. Dia pandang wajah itu dalam-dalam. "Tak ada apa. Cuma, pelik je. Dulu menghina, sekarang suruh lupa. Dulu minta jauh, sekarang cuba dekat. Apa maksudnya ni ?" dia memandang Amir, tajam.
Amir diam lagi. Dia tarik nafas. "Bukan sengaja ..."
Izra ketawa lagi. Balik balik ayat itu yang didengar. Bosan. Mati begitu sahaja bicara Amir. "Lebih baik kita macam ni, sudah berapa banyak kali I cakap, I takkan mampu untuk tanggung benda yang sama berulang kali. Cukup sekali I lari dari hidup I, kali ni kalau jadi lagi, I tak rasa nak tengok bayang bulu hidung You pun. Sakitnya I yang tanggung. You dah bahagia, kenapa perlu mencari dan merosakkan apa yang I ada ? Kenapa ?"
"Habis tu nak kita biarkan apa yang kita ada ni macam ni je ? Sia-sia ? Macam tu ?" tangan Izra ditarik apabila isterinya itu mahu bangkit.
Mata Izra mencerlung. "Lepaskan I. Kita dah tak ada apa nak cakap."
"Siapa cakap tak ada ? Ada !" dia turut bangun berdiri menghadap Izra.
Izra tarik nafas. Cuba menstabilkan diri yang terasa tidak keruan. "Apa lagi yang kita perlu bincang ? Semuanya dah jelas kan ?"
Tanpa kata, Amir terus memeluk Izra. "Bie nak kita mulakan hidup baru." belakang Izra diusap.
Izra yang mendengar terkejut. Bertambah terkejut dengan usapan Amir. Degupan jantung mula tidak selari dengan nafasnya. "Bie ?"
Amir sengih. Dia lepaskan pelukan, pandang Izra lalu pantas pipi Izra dicubit. "Haa, pandai pun panggil Bie. Sekarang sayang bahasakan diri sendiri sebagai Nie pulak. Okay ?"
Izra menggeleng. Dia tak faham. "Ehhhhh, siapa yang panggil You, Bie ? I bertanya, Bie ?" Izra mengubah intonasi suaranya dia ayat terakhir.
Amir ketawa, "Apa bezanya ? Tetap juga panggi Bie ni Bie kan ?" pinggang Izra ditaut sekali lagi. Membiarkan izra terpinga-pinga.
"Ish ! Mengarut ajelah You ni. Bila masa pulak I panggil You, Bie ? Jangan harap. I dah kata, I taknak guna panggilan mengarut-ngarut ni."
"Shhhh. Janganlah menjerit. Nanti jiran semua keluar macam mana ?" cepat sahaja jari telunjuk Amir mendarat di bibir Izra.
Izra menepis. Gila ! Ini cubaan nak letupkan hati aku ke apa ? Dasar. Lepas tu pandai pulak tanggalkan cermin mata dia. Hish. "Diamlah. I nak masuk. Nak tunggu Najwa kat dalam." Izra pantas mengatur langkah melintasi Amir.
"Jangan harap Bie nak lepaskan Nie, malam ni kita tidur sama okay ? Dah tak ada dah tidur asing-asing. Ingat tu." tangan Izra ditarik cepat bagi menghalang langkah Izra dari terus masuk ke dalam.
"Jangan nak mengada. I taknak guna panggilan tu ! So berhenti nak panggil I macam tu." dia menolak Amir supaya menjauh. Tapi Amir tetap juga disitu.
Amir sengih. Kali ni dia sudah tidak peduli. Hampir setahun perkahwinannya dengan Izra, dia sudah puas bagi peluang, bagi ruang pada Izra, sekarang tiba masa untuk dia pula. "Biarlah. Nanti kalau Nie dah dapat terima, Nie panggil orang dengan panggilan Bie tu tau. Hehe."
Izra terasa panas mukanya. Memang sampai bila pun dia takkan panggil Amir macam tu. Mana nak letak mukanya ni ? Seboleh mungkin cuba dihalang, makin kuat pula perasaan itu datang. Amir dah mula dah perangainya. Perangai ulat bulu !
Bunyi loceng mematikan sengihan Amir, mengejutkan Izra dari sakit kepalanya memikirkan soal Amir. Dari tadi tak henti mulut Amir membebel itu dan ini. Dia pula malas mahu panjangkan cerita. Ikutkan saja. "Bie, pergi bukakan pintu kejap tau. Nie tunggu sini tau tau."
"Diam lah. Geli tahu tak ?" Izra menepis tangan Amir yang hinggap di pipinya. Konon nak manja-manja. Padahal tujuan sebenar nak menggatal. Dia mendengus. Memerhatikan Amir yang melangkah pergi.
Hilang bayang Amir dia kembali menghadap ke depan. Tak sampai lima saat dia berpaling, dia terkejut tiba-tiba terasa pipinya disentuh. "Terlupa pulak. Hehe. Okay, Bie pergi bukak sekarang !" Amir cepat cepat melangkah apabila muka Izra merah menyala seperti mahu membahamnya.
Izra mengelap pipinya. Sambil itu dia merungut. "Cis bedebah. Bila masa pulak dia datang balik, selamba dok cium pipi aku ni ? Eiii." pantas dia bangun dari buaian, menuju ke pintu untuk masuk ke dalam rumah. Mahu menyorok dari Amir dan kebetulan pula, guruh berdentum beberapa kali.
"Lah dia ni ! Nak kurung aku ke apa ? Amirrrr !" Izra menjerit memanggil nama suaminya. Dalam hati membara. Boleh pula Amir mengurung dia dibelakang rumah macam ni. Sudahlah hari nak hujan. Tombol pintu dipulas berkali-kali.
Izra berpeluk tubuh. Naik kematu tangannya mengetuk pintu berkali-kali, sudahnya suaranya tenggelam dengan bunyi guruh yang lagi kuat. Dalam hati menyumpah seranah diri sendiri. Sepatutnya dia terus masuk menyambut Najwa. Tapi dok sibuk melayan perasaan dia yang ditinggalkan kat sini.
"Ya Allah, mana lah dia ni. Kejap lagi confirm hujan punya. Cepatlahhhh. Takkanlah dah lupa aku ada dekat luar ni." dia mundar mandir, sambil itu dia ketuk juga pintu sambil menjerit nama Amir.
Sementara itu Amir masih selamba bergelak ketawa dengan Najwa hingga terlupa Izra yang berada di luar. Dia siap mempelawa Najwa duduk dan tolong membawa beg Najwa ke atas lagi. Asalnya dia hanya ingin membuka pintu, melihat sahaja barang yang berlambak di depan muka pintu itu yang dia ringan tulang membantu. Kesian pula Najwa mahu mengangkat barang sebanyak itu ditambah dengan penatnya lagi.
Najwa meninjau keliling rumah, daropada tadi dia tidak melihat kelibat Izra, kemana pula kakak tersayangnya itu pergi ?
"Cari apa ?" Amir memandang Najwa dengan dahi berkerut. Jarinya sibuk menekan remote control astro untuk mengalih siaran, namun yang muncul hanyalah skrin hitam, menandakan siaran tidak berapa elok kerana hari hujan lebat.
Najwa angkat kening. "Dari tadi tak nampak pun Kak Izra, mana dia pergi ? Takkan tak balik lagi ?" jam ditangan dilihat sekali imbas. Dah pukul 10 malam. Mustahil Izra balik lambat kerana dia sudah berpesan pada Izra yang dia akan pulang hari ni.
"Entah, kat luar kot."
"Hah ? Bukan hujan ke ? Apa yang dia buat kat luar ?" intonasi suara sedikit tinggi membuatkan Amir tersentak. Memikirkan kembali apa yang sepatutnya dia tak patut lupa.
Dahi sendiri ditepuk kuat "Ya Allah !"
Najwa memegang dadanya, terkejut dengan tindakan Amir yang tiba-tiba bangun dan berlari ke dapur. Apa kena lagilah diorang ni. Hish.
Izra gigit bibir, memeluk tubuhnya yang kesejukkan. Kurang asam punya Amir. Dia boleh bergelak ketawa dengan Najwa ditinggalkan aku dekat sini. Gila ! Suara boleh dengar sampai ke luar. Memang padanlah aku yang macam nak tercabut anak tekak menjerit ni dia tak dengar. Dasar menyakitkan hati !
Yang atap ni pun satu. Nama je atap, tapi dia kena juga hujan. Entah siapa yang bijak sangat dok buat atap macam ni. Baik tak payah buat.Hish ! Izra merungut lagi.
Sesekali Izra menyapu wajahnya yang basah dengan air hujan. Sejuk nak mati. Mahu demam seminggu. Sebulan pun boleh. Mati kena marah dengan Cik Nisak. Haritu baru lagi cuti. Ni nak cuti sakit lagi. Macamlah aku sorang je dah kahwin. Orang lain pun dah kahwin jugak tapi tak adalah macam dia dok nak cuti memanjang.
"Nie." Amir menegur dengan serba salah. Dia menggaru kepala.
Izra berpaling bila mendengar suara seorang lelaki. Dia memuncungkan bibirnya, dan mengerutkan dahinya. Muka marah. Amir telan liur. Macam singa lapar.
Tiada kata yang dapat diluah, Izra menepis kuat tangan yang dihulur Amir, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Apabila Amir menghalang laluannya, dada lelaki itu ditolak kasar. Dia dah cukup bengang dengan lelaki ini.
Amir tersengih kelat pada Najwa yang menjegilkan mata ke arahnya apabila melihat Kak Izranya yang basah kuyup. Pantas dia angkat ibu jarinya tanda "Padan Muka !"
'Aduhai sayang intan payung. Macam manalah aku boleh lupa yang kau kat luar ? Aduhai aduhai.'

2 ulasan:
lawak btolla amir ni..
blh plak g lupe bini kat luar tu..
adoyai!!
amir amir..
kan mak bear da marah..
hihihi
Catat Ulasan