Sabtu, 18 Februari 2012

Dan Sebenarnya 25

"EH. You ni dah tak ada mulut ke apa ? Tak boleh nak bagitahu ? Perlu nak berahsia ? Kalau Najwa tak bagitahu, entah-entah sampai tahun depan pun  I  tak tahu." tangan Izra direntap supaya berhadapan dengannya.

"Sakitlah gila ! Tak ada apa pun yang nak dikecohkan dekat sini.  You je yang  over." Izra menolak bahu Amir dengan sebelah lagi tangannya. Kesabarannya sudah menipis dengan lelaki dihadapannya. Sudahlah mengheret dia ke kancah yang entah apa namanya. Yang boleh buat dia gila. Ini lagi nak tambah masalah.

"Ohh. Tak ada apa. Arman tu ganggu tak ada apa. I yang cuma mintak penjelasan ni  You  kata gila. Dahtu Arman tu waras la kacau bini orang ?" makin kuat cengkaman tangannya pada pergelangan tangan Izra.

"You dengan dia sama aje gilanya. I tak suka dia, mahupun You. Sedar diri sikit. Lepaslahhhh !" Izra menjerit sekuat hatinya. Mujur Mak dan Ayah Amir sudah pulang ke rumah mereka. Yang ada cuma mereka berdua. Dan mungkin Najwa yang akan muncul entah bila masanya.

Amir mengeluh berat. Perlahan genggamannya dilepaskan. "Atleast, I  ni suami You. Tak boleh ke You bagitahu ? Susah sangat ke ?" wajahnya diraup perlahan.

Izra tarik nafas sebelum memulakan bicaranya. Lelaki dihadapannya perlu disedarkan tentang sesuatu. Dia dah tak sanggup menahan sakit hati.

"Susah ! Sangat susah. You tu bukan sesiapa bagi I. I  tak tahu apa tujuan  You  muncul balik lepas semuanya dah kembali normal dalam hidup I.  Untuk apa lagi ?  Kalau  I masih nak dengan  You, I  takkan pergi dari sekolah tu.  Tapi  I  bukan tunggul tahu ? Bukan ! Bukannya benda yang boleh  You  tolak sana-sini, permainkan suka hati  You.   Dalam hidup  You hanya fikir perasaan diri  You je. Dari dulu sampai sekarang. Pernah You  duduk diam-diam fikir segala keputusan  You ? Pernah ? Tak ! Tak pernah. Sebab apa ? You pentingkan diri sendiri. Dulu You yang suruh I pergi jauh. I dah pergi. Sekarang ni apa masalah You nak datang dekat balik ? Apa ? Mana pergi Hanan You ? Yang You sanjung. Puja-puja. Sampai sanggup hina I depan kawan-kawan sekolah dulu. Mana ? Kenapa dengan orang yang You hina ni, yang You kahwin ? Kenapa ?" perlahan bahu Amir ditolak. Dia sedang meminta penjelasan. Dia dah tak tahan. Saban hari dia tertanya sendiri. Seketika Izra diam. Amir juga begitu. Terkedu dengan apa yang sedang didengarnya.

"I tanya You ni. Kenapa ? Cepatlah jawab." Izra menunduk. "I tak mintak banyak. Cukup dengan faham keadaan I. Dah banyak sangat benda jadi. Nak kahwin dengan You pun I kena paksa. Ibu dengan Ayah pun, I tak tahu apa yang You buat dekat diorang sampai diorang terima You, sedangkan bukan diorang tak tahu cerita sebenar." Izra duduk di atas katil. Dia melihat Amir memandang wajahnya dengan dahi berkerut.  Dia tahu Amir sedang memikirkan apa yang terjadi. Mungkin dah sedar agaknya, bisik hati Izra.

"I harap sangat. You bagi ruang pada I. Tolonglah. Tolong. Boleh kan ?" Wajah Izra muram. Bila-bila masa sahaja empangan airmatanya akan pecah. "Jangan risau, I masih sedar siapa diri I, status I. I takkan curang pada You cuma I mintak pengertian sikit je, tak lebih. I nak kita jarakkan sikit hubungan kita. I dah tak boleh nak tanggung kalau  benda yang sama jadi. I tak boleh. " Amir terkedu mendengar. Air liur ditelan berkali kali. Kelat !

Jarakkan hubungan ? Dia ni gila ke apa ? Aku separuh mati cari dia dulu, dia boleh mintak macam tu. Amir mundar mandir dihadapan Izra. "You suka Arman lagi ke ?" tanpa sedar soalan itu keluar dari bibirnya. Membuatkan Izra bingkas bangun dari duduknya menatap wajah Amir dalam.

Digenggam tangannya sekuat hati. Cuba mengawal perasaan dari menampar suami sendiri. Tak bolehkah lelaki dihadapannya ini menjaga bicaranya ? Ahh. Serabut !

"I keluar ! Kalau I rasa nak balik nanti I balik !" Izra terus capai tudung yang memang selalu disangkut dikerusi dapur. Tanpa sempat dia melangkah lebih jauh tangannya direntap.

"Sorry. I tak ada niat. Pergi naik atas. Jangan keluar. Dah lewat." wajah Izra yang menunduk dipandang lembut. Tersenyum seketika.

Izra angkat muka. Terpandang Amir yang tersenyum padanya. "You ni betul ke tidak ni ?" Izra kerut dahi. Sekejap tadi macam nak gila dia buat dada aku ni nak meletup. Sekarang tiba-tiba baik pulak. Haih.

"I taknak kita bergaduh sebab orang lain. Lagilah dia suka. You tu, jangan dilayan sangat perangai dia. I  cemburu." Amir terus melangkah meninggalkan Izra yang sedang terpinga-pinga dengan tindakannya. Lantaklah dia nak pikir apa pun.

Izra mendengus. Budak laki ni. Tak pernah nak fikir perasaan aku sebelum bercakap, dia taktahu ke ucapan dia tu buat aku taruh harapan setinggi langit ? Sedangkan dia tak pernah rasa pun macam tu pada aku. Izra terduduk di kerusi makan, menongkat dagu sambil merenung jauh, memikirkan apa yang harus dilakukan.

***

"SAYA cakap saya nak jumpa dengan Cik Aimi ! Awak tak faham bahasa ke apa ?" merah wajah gadis yang  sedaya upaya cuba menghalang seorang lelaki yang tiba tiba mengamuk, ingin berjumpa dengan Izra. Suasana kecoh seketika.

"Encik, saya mintak maaf cik, tapi Puan Izra tak ada sekarang ni. Dia jumpa client  diluar." gadis tadi cuba menenangkan keadaan. Timbul rasa pelik dihatinya. Apa yang lelaki dihadapannya mahu, rasanya ini bukan suami Kak Izra. Kepala digaru, bila melihat lelaki itu membulatkan mata dan memandang tajam kearahnya.

"Client ? Client  apanya ? Pergi jumpa jantan lain agaknya dia ni ?!" lelaki itu mundar mandir di depan gadis itu. Belum sempat gadis itu membuka mulut mempertahankan Izra lelaki itu pantas bertanya "Pukul berapa dia masuk balik ?"

"Err ... Dia mungkin terus balik encik." terkulat-kulat gadis itu mendengar bicara lelaki dihadapannya. Suka hati je cakap isteri orang macam tu.

Gadis itu tersentak apabila mejanya ditumbuk keras. Terasa hidup mati semula jantungnya ini. Kurang ajar punya lelaki ! "Shit ! Nanti kau cakap dengan Arman. A-R-M-A-N ! Nak jumpa dia. Kekasih dia. Kau faham ke tak ?!"

Gadis tadi mengangguk laju-laju. Tak berani dia melawan apabila lelaki ini jelas ketara boleh buat apa saja pada dirinya memandangkan pengawal tidak ada, kerana ada yang pergi meronda dan pergi berehat. Yang ada cuma di luar pejabat. Agak mustahil suaranya akan didengar jika dia menjerit.

Apabila puas hati dengan jawapan gadis yang duduk di meja reception  itu dia melangkah pergi. Hasratnya tidak kesampaian. Panas hati memikirkan kebarangkalian Izra keluar dan berfoya-foya dengan lelaki lain. Cemburunya naik panas menggelegak. Cepat sahaja minyak ditekan meninggalkan kawasan pejabat Izra.

Gadis tadi yang asyik ditengking menggeleng kepala perlahan. Bodoh betul. Nak jumpa orang, cakaplah elok-elok ini ditengking-tengking. Nasib baik lah Izra tak ada kalau tak mesti dapat penendang kasut tinggi percuma dari Izra. Tak ada adab sopan. Terus-terusan dia membebel dalam hati. Tetapi sejenak dia mengerutkan dahi, kekasih ? Mulutnya yang ternganga, ditutup dengan tapak tangannya. Segera nombor Izra dihubungi.

Tiada ulasan: