Isnin, 1 Mac 2010

Dan Sebenarnya 17

Izra menutup pintu bilik dengan pantas. Berharap supaya Amir tidak mengejarnya dari belakang. Jantungnya berdegup pantas. Sukar mencari ruang penafasannya. Tangan kanannya diletakkan di dada kiri.

Laju jantungnya berdegup dapat dirasakan. Peluh menitik didahi membuatkan Izra resah sendiri. Tindakan spontan Amir tadi telah membuatkan dia tersedar bahawa mereka kini suami isteri, bukan lagi seperti mereka yang berada di zaman sekolah dahulu.

Nafas ditarik lalu dilepaskan perlahan lahan. Badannya disandarkan pada pintu. Perlahan lahan dengan sendirinya badannya terlurut ke bawah. Degupan jantungnya masih seperti tadi, terasa mahu luruh jantungnya. Ya Allah, perasaan apakah ini ?

Segala kenangan lalu berputar-putar dalam kepalanya. Satu persatu apa yang pernah dilakukan oleh Amir kepada dirinya bagaikan tertayang kembali di hadapannya. Seolah-olah dilakonkan semula. Cepat-cepat dia beristighfar, menyedari kesilapan sendiri.

Perlahan-lahan dia bangkit. Cuba berdiri, tangan kirinya menyentuh bibirnya. Apabila mengingatkan itu terasa hangat wajahnya. Pintu bilik yang dikunci tadi di buka kuncinya. Izra terus menuju ke bilik air. Membasuh muka. Cuba menghilangkan rasa gugup di hati.


Jam berdenting sebanyak satu kali menunjukkan sekarang ini sudah pukul satu pagi. Izra telan air liur. Mujur sekarang dirumah mak dan ayah Amir, kalau tak memang dah lama dia cabut pergi ke bilik kosong. Tidur di situ, tak payah berhadapan kerenah Amir di pagi pagi buta.


Izra cepat-cepat menarik selimut menutupi wajahnya apabila mendengar pintu dikuak. Mata masih terbuka luas. Cuba mengamati bayang-bayang Amir yang melangkah masuk ke dalam bilik dari dalam selimut. Nafasnya tidak teratur.


"Tak payah lah takut sampai macam tu sekali. Ingat I nak makan You ke ?" Amir menarik selimut dari terus menutup wajah Izra. Izra tercengang.


Wajah Amir dan dia tak sampai 3 inci. Cukup untuk membuatkan jantungnya bagai gendang dipalu.


"Ishh." Izra menolak wajah Amir dari terus hampir kepadanya. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Badan dipusing ke arah lain.


Amir tersengih dengan reaksi Izra. "Yang malu sangat ni apahal ?"


"Amir, stop it !" Izra gigit bibir apabila Amir mengelus lembut rambutnya. Ni cubaan menggoda ke apa ni ?


"Izraa,"


"Amir, I dah bagitahu You apa yang sepatutnya I bagitahu dekat You waktu mula-mula kita kahwin kan ?"


"Sampai bila nak macam ni ?" Amir melepaskan nafas. Tangannya berhenti dari mengelus rambut Izra. Wajahnya diraup. Keras benar hati wanita dihadapannya.

"Sampai bila-bila." perlahan suara itu menjawab.

"Kenapa You terlampau ego ?"

"You yang ajar I." Izra bangkit dari baring. Selimut ditolak ke tepi. Bahang mula terasa.

"I dah mintak maaf kan ?" Amir bersandar pada kepala katil.

"You ingat dengan maaf semua memori tu akan hilang ? Semua benda akan lenyap macam tu ?
Eh, I tak minta kahwin dengan You, tapi You yang cari I." Izra terasa mahu dihempuk sahaja kepalanya ke dinding.


Ego ? Ye, memang dia ego. Bertahun lelaki itu dia tunggu, akhirnya apabila lelaki itu datang dia pula menolaknya jauh-jauh.


"Boleh tak kalau You lupakan semuanya ?" Mata kuyu Amir memandang tepat pada mata Izra. Cuba mencari kebenaran di situ.

"I benci You ! Susah sangat ke You nak faham ?" Izra membidas. Dia tak sanggup lagi mahu berhadapan dengan Amir. Sesak nafasnya. Tak tentu arah hidupnya. Terumbang-ambing.

"I penat. Nak tidur." Amir terus menarik selimut. Malas mahu bertelagah. Hati lelakinya sedikit terluka dengan apa yang baru dikatakan oleh Izra sebentar tadi.

"Argh !" Izra keluar dari bilik. Pintu ditutup kasar. Kusut fikirannya dengan semua benda yang berlaku disekelilingnya.

Amir senyum pahit.


**********


Pagi itu Izra bangun awal dari biasa. Menumpang di bilik Najwa dan terpaksa menerangkan segalanya dan mendengar ceramah Najwa membuatkan hatinya penuh dengan rasa bersalah.


Tidurnya semalam juga tidak lena. Tak seperti selalunya apabila dia berada didalam dakapan Amir.

"Abang Amir dah bangun kak ?" Najwa menjenguk ke dapur. Melihat kakaknya termenung memandang Mug yang kosong, Najwa tahu kakaknya terasa bersalah. Dia juga tahu bahawa kakaknya tidak lena tidur semalam.


"Tak tahu." Izra berpaling pada Najwa. Tersenyum hambar.


"Akak pergilah cakap dengan dia. Tak elok macam ni." Najwa mengusap lembut bahu Izra.


"Malaslah. Kalau cakap karang, dia mula buat perangai balik. Akak tak suka." Izra menyelitkan rambutnya yang jatuh ke belakang telinga.

"Akak tak boleh macam ni." Najwa cuba menasihati sekali lagi.


"Akak penat."


"Dia lagi penat."


"Huh. Nanti-nantilah akak cakap."


"Sekurang-kurangnya akak pergilah kejutkan dia. Karang Ibu dengan ayah nak datang." Najwa memberitahu. Dia bergerak ke singki, membasuh apa yang patut.


"Mana Najwa tahu ?"


"Ibu telefon Najwa awal pagi tadi." Najwa berpaling sambil tersenyum.


"Ouh !" cepat-cepat Izra bangkit dari kerusi. Mug kosong ditinggalkan begitu sahaja. Kelam kabut menuju ke arah biliknya. Tombol pintu dipulas kasar.


"Amir !" suara bergema. Kaki melangkah pantas menuju ke katil.


"Amir, bangunlahh." Izra menepuk-nepuk pipi Amir. Lena sungguh lelaki ini tidur, sedangkan aku ?


"Amir, Ibu dengan Ayah nak datanglah. Bangunlah, mandi." Izra menggesa Amir. Badan Amir digoyang-goyang perlahan. Mengharapkan lelaki itu sedar.

"Hmm." Amir menggeliat sedikit dengan mata tertutup membuatkan Izra terpaku.


"Amirr." bibirnya digigit perlahan. Apahal nampak hensem pula dia ni ? Izra garu kepala.


"Kejap. Bagi lima minit je lagi." Amir menggosok-gosokkan matanya. Mengantuk ! Dia langsung tak boleh tidur. Bila dapat menjenguk Izra selepas sembahyang subuh tadi atas bantuan Najwa barulah dia dapat melelapkan matanya.


"Err, Okay." Izra menganggukkan kepalanya. Ingin berlalu dari situ, takut hatinya tak dapat menahan perasaan.

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Izra tarik nafas. Perlahan-lahan dia duduk di atas katil, bersebelahan dengan Amir. Kepalanya disandar dikepala katil.

Sesekali apabila Amir bergerak, matanya ligat memandang. Comel ! Izra senyum sendiri, memuji dalam hati.

Makin lama wajah Amir menggamit Izra untuk melihatnya dengan lebih dekat. Tanpa sedar tangan Amir sudah pun berada di atas peha Izra. Dan Izra hanya membiarkan. Terasa hilang keresahan dihatinya.

Tangannya pula mengusap lembut kepala Amir. Dan bibir mengukir senyuman tanpa paksa. Ligat matanya memerhati wajah Amir dahi hinggalah dagu.

Amir yang sudah terjaga hanya membiarkan. Seronok dibelai begitu. Bukan senang mahu meraih perhatian Izra. Hatinya tersenyum.


"Ehmm." Izra cepat-cepat menarik tangannya dari terus membelai kepala Amir apabila mendengar suara yang keluar dari mulut Amir. Mukanya merah. Mujur Amir tidak membuka matanya lagi.


"Err, dah lima minit dah. Bangunlah." tangan Amir dipehanya diletak ke atas tilam.


"Kejaplahh." Amir menarik tangan Izra yang henda bangkit dari katil


"Penat." perlahan suara itu kedengaran. Izra yang baru mahu bangun dari katil tersentak apabila tangannya ditarik oleh Amir.

"I mintak maaf." Izra menunduk. Tangannya masih didalam genggaman Amir.

Amir membuka matanya apabila mendengar apa yang diucapkan Izra. Tersenyum. Dia tahu, sedikit sebanyak mungkin kerana nasihat Najwa.

"Tak ada apelah. Hal kecik je." Amir menepuk pipi Izra lembut.

Izra angkat muka melihat wajah lelaki itu. Terasa ingin dipeluk sahaja lelaki itu namun apabila sedar kedudukan dirinya, dia hanya mampu tersenyum hambar.

"Lain kali janganlah lari macam tu lagi. I tak lena tidur." Amir tersengih, sempat jugak dia mencuri-curi cium pipi Izra.

Izra ketawa kecil, merah mukanya menahan malu. Perlahan pipinya dikesat.

"You buat I naik darah lagi, memang I lari la."

"I sayang You, Izra. Sebab itu bila mak dengan ayah nak jodohkan I dengan You, I terima dengan hati terbuka." Amir duduk bersila di atas katil. Memusingkan tubuh Izra agar berhadapan dengannya.

"I nak perbaiki kesilapan I pada You," bicara Amir terhenti.

"I nak hidup bahagia dengan You,"

"I nak lupakan semua kenangan lalu,"

"I mintak maaf sangat-sangat atas perkara yang berlaku. Kata-kata I dulu, semuanya kerana hati I marah atas tindakan You yang tak berterus terang pada I." Amir menarik nafas. Wajah Izra yang menunduk ditenungnya.

Tahu akan keadaan Izra yang sedang serba salah. Perlahan pipi Izra diusap lembut. Tersenyum sambil meneruskan bicara

"I tahu tak mudah, sebab itu I takkan paksa You." badan Izra ditarik kedalam dakapannya. Izra yang senyap membisu hanya memejamkan matanya apabila berada di dalam dakapan Amir. Tidak membalas pelukan itu tapi dia cukup rasa ...

Tenang ! YA ! Cukup selesa dan selamat apabila berada didalam pelukan Amir. Sesungguhnya itulah yang dia rasakan saat ini.

"Okaylah. I nak mandi dulu. You tunggulah dekat bawah. Kalau Ibu dan ayah dah sampai You cakap I tengah mandi." Amir melepaskan pelukan. Pipi Izra diusap sekali lagi.

Izra cuma mengangguk. Dari ekor matanya dia hanya melihat batang tubuh Amir hilang disebalik pintu bilik air. Dia menarik nafas dan memejamkan matanya.

Cuba berfikir apa yang dikatakan Amir tadi. Jauh ke dasar hatinya sebentar tadi, dia berharap supaya Amir tidak meleraikan pelukannya sebentar tadi.

Izra memejam mata semula, cuba menggamit kembali saat itu. Dan tanpa diduga, air matanya jatuh setitik !

Tiada ulasan: