Amir tersengih-sengih sendiri di balkoni biliknya sambil menggenggam PDA Izra. Akhirnya selepas beberapa tahun, hari yang paling dinantikan akan tiba jugak dalam masa sebulan lagi. REUNION ! Ya, waktu inilah yang amat ditunggu-tunggukan oleh semua bekas pelajar. Entah macam manalah rupa mereka agaknya ?
Apabila mengingatkan PDA, Amir terus teringatkan Izra. Sekarang dah hampir pukul 8 malam. Masakan Izra masih tidak sampai ke rumah ? Dah hampir 3 jam lebih dia meninggalkan Izra di Shopping Complex. Takkan sampai sekarang satu teksi pun tak dapat tahan ? Amir menggeleng kepala.
Boleh berdikari konon ! Pigidahh. Amir mencebik dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan ayat Izra yang membuatkan dia bengang. " Like I care...".
"Ha'ah. Like i care lah sangatt ! " Amir mengejek cara Izra bercakap sambil melembut-lembutkan tangannya. Segera dia bangkit dari duduk di bangku yang terdapat di ruang balkoni. Mencapai kunci kereta dan beg dompetnya. Sebelum memulas tombol pintu biliknya, sempat lagi dia menyorokkan PDA Izra di tempat yang sangat dijamin selamat !
Dalam pada bernyanyi-nyanyi kecil sambil menuruni tangga, Amir dikejutkan dengan sekujur tubuh yang terbaring lemah dia atas sofa. Dengan menggelabah, Amir segera menghampiri. Basah kuyup ! Itu yang boleh didefinisikan dengan keadaan Izra yang ada dihadapan matanya sekarang. Ahhh. Amir menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"I've got no choice !" Amir mengetap bibir. Memandang wajah Izra yang pucat lesi, membuatkan dia tidak punya banyak pilihan. Nak tak nak, marah macam mana pun Izra terhadapnya apabila tersedar nanti, yang penting dia harus mengambil risko untuk menukar baju Izra. Jika tidak dilakukan, pasti akan lebih memudaratkan kesihatan Izra.
Perlahan-lahan tubuh Izra dicempung. Tangga pula didaki satu persatu. Dalam hati berharap supaya Izra tidak bangun dari tidurnya. Kalau tidak habis mati terpanggang dia dalam suasana yang sejuk begini. Setelah selesai urusannya, Amir menyelimutkan Izra. Dahi Izra yang panas segera didemah. Sesekali dia merungut juga atas perbuatannya yang meninggalkan Izra di dalam hujan. Kalaulah dia tak buat macam tu ..?
"Emhh.."
Amir segera berpaling pada Izra yang baru sahaja bersuara sebentar tadi. Dan yang paling mengejutkannya, kain yang diletak didahi Izra untuk mendemah Izra dah dicampak ke lantai. How come ?? Melampau betul. Dah sakit pun nak degil-degil lagi ?
"Syhh. Jangan usik kain ni." rambut Izra diusap lembut.
"hemhhh.." kali ini Izra berpusing menghadap Amir pula, dan secara automatik kain yang diletakkan di dahi Izra terjatuh kembali. Amir tersengih. Mengigau rupanya budak ni.
"You mengigau eh ?" Amir senyum nakal. Dah seperti orang gila dah dia bercakap seorang diri. Dahi Izra disentuh. Makin panas !
"You janganlah alih kain ni. Penat lahh" Amir merungut kecil. Dah berapa kali dah Izra menjatuhkan kain tersebut.
"Tak mahuu .." Izra menggeleng-gelengkan kepalanya dengan mata yang tertutup. Tangannya secara tak sengaja mendarat di pinggang Amir. Amir sengih lagi.
"Mengigau pun mengigau lahh" Amir kembali mendemah dahi Izra. Sesekali kain itu dibasahkannya. Dan apabila dirasakan yang Izra tidak lagi meracau-racau, dia meletakkan kepalanya dibantal. Mula mencuba melelapkan mata memandangkan jam tidur mereka dah tunjuk pukul satu lebih.
**********************************************************
"Mak dengan Ayah nak keluar kejap. Izra dah okay ?" Puan Fadzilah menjengukkan mukanya di sebalik pintu.
"Panas dah kurang sikit. Tapi, entah ? Dari tadi dia tak sedar." Amir senyum pada maknya. Dia mengerling jam. Pukul 6.45 pagi dah nak keluar ? Pergi mana ?
"Bawa dia pergi kliniklah Mir. Risau pulak mak ni." Puan Fadzilah menekapkan tapak tangannya di dahi Izra. Masih panas.
"Dia sedar nanti Amir bawa. Mak janganlah risau." bahu emaknya ditepuk perlahan. Cuba menenangkan.
"Kau ingat ! Jangan nak garang-garang sangat dengan Izra, Mir ! Mak dengar aduan tahulah kau !" amaran Puan Fadzilah membuatkan Amir ketawa kecil.
"Mana mungkin !" tapi jawapan itu hanya bergema dihatinya sahaja.
"Amir tahulah mak. Mak ni nak pergi mana dengan ayah ?" kali ini giliran Amir pula yang mengerut dahi.
"Adalahhh." Puan Fadzilah tersenyum simpul.
"Okey, Mir fahamm..." Amir menganggukkan kepalanya. Saat itu mereka berdua berada di luar pintu bilik.
"Mak tampar kang ! Fikir yang bukan-bukan pulak dia ni. Dah, mak dengan ayah pergi dulu. Malam baru balik. Tak payah tunggu." segera Puan Fadzilah menuruni tangga.
"Assalamualaikum makk !" Amir menjerit dari tingkat atas.
"Jaga Izra elok-elok !" salam Amir dijawab dalam hati dan sempat lagi bibirnya menitipkan pesanan buat Amir.
"Okay !" Amir menapak semula masuk ke dalam bilik. Katil dihampiri dan wajah Izra ditatap dengan penuh rasa kasih.
"Sampai bilalah kita nak macam ni kan ?" Amir duduk di sisi Izra. Rambut Izra dibelai-belai lembut.
"I mintak maaf sebab I tinggalkan You semalam. Kalau I tahu, sumpah ! I takkan buat macam ni." kali ini Amir meminta maaf. Dahi Izra dikucup lembut.
"Hemm" tanpa sedar Izra menolak wajah Amir yang mungkin mengganggu lenanya. Amir tersengih.
"Macam tau-tau je dia ni."
"Hey, sampai bila You nak tidur ni ? Bangunlah. Dah pagi ni tau !" Amir menepuk-nepuk perlahan pipi Izra.
"Susahlah I, kalau You terus macam ni.." Amir gigit bibir. Langsung tiada tanda bahawa Izra akan sedar. Dahi Izra didemah dengan kain basah, berharap supaya dapat mengurangkan kepanasan badan Izra.
"Takpelah. You rehatlah dulu. I turun bawah, masak bubur kejap." Amir bangun dari duduk. Tersenyum sendiri. Dah macam orang gila betul, cakap sorang-sorang macam ni. Tergeleng-geleng kepalanya. Tombol pintu dipegang namun belum sempat dipulas dia terdengar suara Izra memanggil nama yang asing di halwa telinganya.
"Arman.." Amir tersentap. Segera dia berpaling pada Izra. Nyata Izra masih memejamkan matanya. Mengigau !
"Man.." Izra memusingkan kepalanya ke kiri, ke kanan. Amir gigit bibir. Sedaya upaya hatinya cuba ditahan.
"Izra." pipi wanita itu ditepuk perlahan.
"Man.."
"Izra, ni I ni." tangan Izra dicapai lalu digenggam dan sekali lagi pipi Izra ditepuk perlahan.
"Izra ? Bangun Izra." bahu Izra digoncang perlahan apabila Izra masih tak membuka matanya.
"Izraa.." Amir mengeluh nafas lega apabila melihat Izra mula membuka matanya sedikit-demi sedikit. Sedar jugak akhirnya !
"Huh ! Menyusahkan orang jelah you ni ! " Amir mencebik sambil membantu Izra bangun dari baringnya.
"Apahal pulak ?" Izra menolak tangan Amir yang mahu membantunya.
"Jangan menyombong boleh tak ? Waktu sakit pun nak tunjuk keras kepala jugak ke ?" Amir menolak kembali tangan Izra supaya tidak menghalangnya.
"Yang you kejut I dari tidur apahal ?" Izra pegang kepala yang masih sakit.
"I bukan kejut you dari tidur, I kejut you dari mengigau ! " Amir duduk di hadapan Izra.
"Bila masa pulak I mengigau ?" Izra memandang Amir dengan perasaan geram. Sakit kepalanya tidak mahu surut biarpun dari tadi tangannya lincah menari di atas dahinya.
"Baru je tadi. Eh, maaf tinggalkan you semalam." Amir sengih bila mengigatkan Izra mengejarnya semalam. Seboleh mungkin rasa bersalahnya cuba disembunyikan dari Izra.
"Lain kali buat lah lagi macam tu. " Izra tarik muka. Sekali gus dapat mengingati apa yang berlaku petang semalam.
"Siapa suruh asyik nak sakitkan hati orang ?" Amir bangun dari katil, mencapai besen kecil ditepi katil.
"Dah you yang mula dulu kan ?" Izra menjulur kaki ke hadapan setelah Amir bangun.
"Eh bila masa pulak ? You yang suka sangat mencabar I, so tanggunglah sendiri." Amir bersuara dari dalam bilik air.
"Ergh ! Malas cakap dengan you ! Buang masa. Lain kali, jangan sibuk-sibuk nak ajak I keluar dah ! Faham ?" Izra bangun dari katil. Mencapai tuala dan berdiri di hadapan pintu bilik air.
"Macam I kisah pulak kan ?" Amir menyengih di hadapan Izra.
"You ni kannn .." Izra menuding jari telunjuknya pada Amir.
"Apa ? You nak kena cium ?" Amir menggigit bibir. Wajahnya dihampirkan pada Izra.
"Jangan harap !" Izra menolak wajah Amir dan segera masuk ke dalam bilik air apabila Amir melangkah keluar dari situ.
"Satu hari nanti, You akan admire gila dengan kiss I tau ! " Amir ketawa besar, bila dapat melihat wajah kemerahan Izra sebentar tadi.
"Dalam mimpi you bolehlahh ! " Izra menjelir lidah dalam bilk air dihadapan cermin. Dalam hati bertekad. Satu hari nanti. Perbuatan Amir harus dibalas !
"Okay, kita tengok ! " Amir masih dengan sisa ketawanya apabila mahu melangkah keluar dari bilik tersebut.
3 ulasan:
kisah kita tak silap... huhu... patutlah iman terkejut tiba-tiba dlm blog list ada kisah baru... best2... iman dah lama tunggu... bila nak habiskan?
ahahah
cpt smbung ea...
thanxz nuriz coz dah buke blik blog u
Bestlah cerita ni. Akak tengah tension terus release tension. Keep up the good work.
Catat Ulasan